Sajak
M. Mahendran
Tuhan, agama dan manusia
berpisah tiada
tanpa manusia
tiada Tuhan dan agama
tanpa Tuhan
tiada manusia dan agama
Tuhan, agama dan manusia
berpisah tiada
Agama
menjanjikan itu dan ini
jika dipatuhi segala syarat
selepas mati, roh
akan ke syurga
Jika ingkar
nerakalah tempatnya
Tuhan, agama dan manusia berpisah tiada
pelbagai manusia
pelbagai agama
dan
fahaman
Tuhan, agama dan manusia
berpisah tiada
Dengan nama Tuhan dan agama
manusia terpisah-pisah
berbunuh-bunuhan
Hingga bilakah
keadaan ini akan berterusan?
Tuhan, agama dan manusia
berpisah tiada

Comments
Post a Comment