Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2026

Ideologi dan Saya

  Coretan M. Mahendran     Setiap orang sudah pasti mempunyai ideologi tersendiri tanpa menyedari bahawa ia adalah ideologi. Untuk memiliki ideologi, seseorang tidak perlu menjadi ahli politik, saintis, agamawan, penulis dan sebagainya. Seorang kanak-kanak pun sudah boleh menentukan ideologinya sendiri. Ia tidak menjadi satu kesalahan kerana manusia sudah dibentuk sebegitu rupa. Ideologi setiap orang adalah tidak sama mengikut keadaan sekeliling. Apa itu ideologi? Ideologi menurut George Bernard Shaw dilihat bukan sebagai satu kebenaran mutlak, sebaliknya sebagai pemutarbalikan realiti atau topeng idealisme yang sering menyembunyikan kebenaran objektif dalam masyarakat. Shaw, yang merupakan seorang dramawan serta pemikir politik terkemuka, menolak keras apa yang dipanggilnya sebagai “totalitarian idealisme”. Menurut pandangan beliau, ideologi dan cita-cita konvensional sering memaksa individu untuk berpura-pura bahawa cita-cita tersebut adalah satu kenyataan. Bagi Shaw, p...