Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2026

LAGU UNTUK THAATA

  Cerpen                                         M. Mahendran     “Chandra, nanti jangan lupa. Ada satu lagi, kan?” “Itu saya punya, thaata .” “Mana boleh. Bukankah emak kamu sudah cakap, semua untuk thaata . Kamu masih mahu berdegil?” “Nanti saya mahu guna yang mana?” “Tak perlu. Kamu tumpu pada pelajaran. Dahlah tahun depan nak duduk peperiksaan S.R.P.” “Takkan saya mahu belajar sahaja? Dahlah saya tak diberi kebenaran keluar bersama kawan bermain di padang. Ini pun tak boleh?” “Bukankah tahun lepas kamu sudah guna dua? Cukuplah yang itu.” “Tak boleh. Yang ini saya punya!” Kali ini ada satu sahaja yang tinggal untukku. Empat lagi sudah digunakan oleh orang tua ini. Orang tua degil. Aku tidak menyukainya. Suka atau tidak, aku terpaksa mendengar segala kata-kata dan arahannya. Orang tua ini sepatutnya menyayangi dan memanjai aku, sebab aku ialah cucunya . Thaata hanya suka ...