Sajak M. Mahendran Pabila jerebu dan kabus bersenggama, gabungan itu sukar dipisahkan, sukar dikenal pasti, yang mana kabus dan yang mana jerebu. Dari jauh, kabus dan jerebu kelihatan memiliki bentuk dan warna yang sama, me ngaburi mata. Hutan di seberang dinoda i , kita di sini disakiti. Pabila kabus dan jerebu bersenggama ...
Cerpen M. Mahendran Hari ini: Dia mengangkat kepala dari telefon pintar. Mata nya memerhatikan mereka yang sedang lalu-lintas di kaki lima restoran mamak yang mempunyai banyak cawangan d i sekitar bandar Kuala Lumpur dan Selangor. Roti canai yang dikunyah tadi masih ter lekat pada kerongkong. Sambil memandang mereka yang sedang berjalan di kaki lima , dia meneguk semula teh panas yang sudah pun menjadi suam. Dia meletakkan telefon pintar di atas meja. Matanya masih tertancap melihat mereka yang sedang bergegas seperti mengejar sesuatu. Mengejar sesuatu yang belum tentu dapat dicapai. Mengejar sesuatu yang akan dimiliki cuma untuk sementara waktu. Nama dia Sidd h arth. Dia tidak pasti sama ada ibu bapanya memilih sempena nama Sidd h artha Gautama Buddha atau sengaja menamakannya begitu tanpa sebab. Nasib baik tidak di...