Skip to main content

Di Suatu Pagi Yang Indah

 Coretan

 




M. Mahendran

 

Tatkala mata dibuka pada suatu pagi, semua kelihatan indah-indah belaka. Pohon-pohon hijau, kabus tebal, siulan unggas yang berterbangan bebas di angkasa raya tanpa kongkongan. 

Indah.

Tidak ada garis panduan untuk memiliki dan menikmati semua keindahan di depan mata. Itu yang terbit di hati ketika fajar menyingsing.

Semua adalah hak milik kita untuk dinikmati. Tiada siapa pun yang boleh menghalang. Bumi ini tidak ada tuannya. Manusia tidak berhak untuk menghalang manusia lain atau kehidupan lain untuk hidup bebas dan menikmati segala yang terbentang luas di swarnabumi ini.

Harimau, singa, kera, babi hutan, kambing, lembu, ayam malah buaya - baik yang di darat dan yang di sungai mempunyai hak masing-masing di Bumi yang indah ini. Tiada siapa pun memiliki kuasa mutlak untuk menghalang atau menghalau segala kehidupan yang dilahirkan di sini.

Yang berlari; yang merangkak; yang menjalar; yang melompat; yang bijak; yang cerdik; yang bodoh; yang dungu; yang cantik; yang hodoh; yang kurus dan yang gemuk semua berhak menikmati segala rahmat yang dikurniakan oleh alam semesta.

Alam semula jadi mengetahui segala-galanya.

Tatkala aku bangun dari katil memijak lantai papan dan membuka tingkap papan pada suatu pagi - angin sejuk dan kabus tebal menerpa masuk mengusap-usap wajahku. Semua kelihatan indah belaka di depan mata. Sungguh indah.

Daun-daun pokok kelapa; pokok jambu batu; pokok jambu air; pokok mempelam; pokok manggis; pokok nangka; pokok cempedak dan juga pokok-pokok pisang seakan-akan melambai-lambai ke arahku. Melambai-lambai seperti ingin menyatakan sesuatu.

Aku tersenyum cuma walau mata masih mengantuk.

Mereka seakan-akan cemburu melihat aku lewat bangun dari tempat peraduan. Aku tersenyum pada mereka yang masih melambai-lambai. Melambai-lambai ke arahku seakan-akan pinta aku turun segera dan mendakap mereka satu-persatu. Aku tersenyum lagi.

Aku turut melambai ke arah mereka.

Tanpa mandi atau menggosok gigi aku menuruni tangga papan dengan baju tidur longgar yang dikenakan malam semalam. Aku boleh rasa bau masam mulutku sendiri. Peduli apa. Panggilan alam semesta jauh lagi penting daripada panggilan-panggilan lain.

Kokok ayam, kicauan burung, sahutan kera, ngiau kucing dan salakan anjing telah menenggelamkan bunyian para cengkerik yang telah menidurkan aku pada malam tadi.  Aman dan damai. Jiwa yang gelora sudah tentu akan tenteram tatkala memijak kaki di kampung halaman yang dikelilingi bukit  bukau ini.

Selipar entah ke mana. Aku tidak peduli. Kakiku menyentuh tanah yang dibasahi embun pagi. Rumput-rumput pendek hijau memandikan telapak kaki aku. Seolah-olah merelakan setiap pijakan.

Aku memeluk pohon kelapa; aku memeluk pokok pisang; aku memeluk pokok jambu dan aku juga memeluk pokok mempelam. Badan berasa hangat dalam kedinginan pagi di kampung yang indah.

Sudah selesai urusan dakap-mendakap aku naik semula ke atas rumah.

Aku menanggalkan pakaian dan melilitkan tuala pada paras pinggang lalu turun menuju ke  bilik air. Setelah selesai urusan di situ aku terbau aroma kopi, tosai, idli dan chutney. Isteriku sedang menunggu aku di meja makan.

Perut meminta-minta untuk diisi segera.

Menghirup kopi O panas, menikmati cubitan tosai bersama chutney dan ditemani oleh isteri tercantik di pagi hari yang sungguh indah ini adalah syurga. Dua ekor kucing dan seekor anjing duduk di bawah meja sedang makan bersama kami.

Semoga semua kehidupan di muka bumi ini dapat menikmati sama seperti apa yang aku sedang menikmati sekarang.

Jumpa lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

சிறுமி நீய்ஹா மதனின் சாதனைகள்

  அனுபவம்      எம்.   பிரபு   நான் தொடக்கப்பள்ளியில் படித்த காலத்திலிருந்தே மணிமேகலை நாயர் அவர்களின் குடும்பத்தை அறிந்திருந்தேன். மணிமேகலையும் அப்போது சிறுமியாக இருந்தார்.    என் தந்தை திரு. எஸ். மாதவன் அவர்கள்   National Union of Plantation Workers ( தேசிய தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம்) அமைப்பில் பொருளாளராகப் பணியாற்றினார். ஒவ்வொரு மாதமும்  அவர் மற்றும் ஓட்டுநர்   திரு. கோவிந்தன் அவர்களுடன் பஹாங்கில் உள்ள பல தோட்டங்களுக்கு Peugeot   404 காரில் சென்று தொழிலாளர்களிடமிருந்து சங்க ச்   சந்தாவை வசூலி ப்பதோடு  தோட்டத் தொழிலாளர்கள் எதிர் நோக்கும் பிரச்சனைகளையும் கேட்டறிவார்கள். அந்த வயதில் அங்கு நடக்கும் பிரச்சனைகளைப் பற்றி சரியாக உள்வாங்கிக் கொள்ள இயலவில்லை. இந்த மாதச்   சந்தா,  தொழிலாளர்களின் பாதுகாப்பிற்காகவும்   நலனுக்காகவும்  மேற்கொள்ளப்பட்டதாக அறிவேன். பொதுவாக தோட்ட பிரதிநிதிகள் மூலம் மாதச் சந்தா சேகரிக்கப்பட்டன. பள்ளி விடுமுறைகளில் நான் மற்றும் என் சகோதரர் ,  தந்தையுடன் அந்தப் பயணங்களின் போது...

PENGECUT

  Cerpen    Oleh: M. Mahendran       “Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.” “Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.” “Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.” “Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?” “Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.” “Bagaimana cara membantu mereka?” “Kita perlu merentasi lautan.” “Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?” “Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.” “Tidak bahayakah merentas lautan?” “Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.” “Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?” “Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan...

கடைசியாகக் காணப்பட்டது

    சிறுகதை    எம். பிரபு   இன்று காலையும் எப்போதும் போல புலனத்தில் காலை வணக்கம் தகவல் போட்டப் பிறகு அப்பா பேசினார், நானும் பேசினேன். “ இந்த மாசம் எப்போ வீட்டுக்கு வர்றே ?” “ இன்னும் சரியா தெரியலப்பா.” “ மத்தவங்களுக்கு எல்லாம் சனிக்கிழமை , ஞாயிற்றுக்கிழமை விடுப்பு கொடுக்கிறாங்க ; உனக்கு மட்டும் ஏன் விடுப்பு கிடையாது ?” “ என் வேலை மத்தவங்க மாதிரி இல்லப்பா.” “ நல்லா சம்பளம் கொடுத்தா மட்டும் போதுமா ? விடுப்பெல்லாம் ஒழுங்குமுறையா கொடுக்குறது இல்லையா ? நீயும் உன் வேலையும்! சரி , வரப்ப திடுதிப்புன்னு வந்து நிக்காதே. ஒழுங்கா ஒரு வாரத்துக்கு முன்னாலேயே சொல்லிட்டு வா!” “ என் வேலை எப்போ ஆரம்பிக்கும் , எப்போ முடியும் என்று தெரியாதுப்பா.” “ நல்லா படிச்சிருந்தும் ஏன்தான் இந்த வேலையைத் தேர்ந்தெடுத்தியோ ? மேல் படிப்பு படிக்கச் சொன்னா அதுவும் செய்யல. சரி... சரி , எனக்கு சமைக்கிற வேலை இருக்கு. நான் போனை வெச்சிடுறேன்.”   அப்பாவுக்கு நான் ஆசிரியர் உத்தியோகம் பார்க்க வேண்டும் என்பது கனவு. என் தாயார் தமிழ்ப் பள்ளி ஆசிரியையாக இருந்ததால் அந்த ஆசை அப்பாவுக்கு ஏற்பட்டிருக்கலாம். அப...