Skip to main content

Hercules Yang Masih Setia

 Coretan

 



M. Mahendran

 

Pagi itu seperti biasa aku bersiar-siar di kampung halaman dengan menunggang basikal. Udara sejuk pagi walaupun mencucuk hingga ke tulang, aku suka. Aku tidak kisah untuk berseluar pendek dan berbaju T sahaja pada waktu pagi.

Kebanyakan penduduk kampung melihat aku dengan rasa pelik ketika mula-mula aku mengelilingi kampung ini setahun yang lepas; lebih-lebih lagi melihat isteriku duduk di carrier. Mereka seperti sudah lupa yang aku pernah mengelilingi seperti ini 50 tahun dahulu menggunakan basikal yang sama.

Mana tidak peliknya, sebab tiada siapa yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama di mana-mana kampung pada zaman sekarang. Masing-masing sudah memiliki kereta dan motosikal. Hendak ke kedai berdekatan pun mereka tidak mahu berjalan kaki.   

Sungguh hairan dan menyedihkan bukan?

Cara hidup penduduk kampung yang disanjung tinggi pada suatu waktu dahulu, sudah berubah tanpa meninggalkan sebarang kesan era terdahulu. Rumah-rumah kampung kebanyakannya sudah diubah suai sepenuhnya. Cuma terdapat tiga buah rumah sahaja termasuk rumah aku yang masih mengekalkan struktur sebenar.

Aku tidak kisahlah sangat. Biar mereka bawa helikopter sekalipun, itu hal mereka. Aku dengan hal aku.  Malah, basikal ini bukan daripada jenis calang-calang. Basikal berjenama Hercules ini sangat popular dalam kalangan rakyat Malaya suatu ketika dahulu. Basikal buatan England ini, besinya berat. Tayar besar 26”.  Ada lampu dinamo lagi.

Badan basikal sudah bercat baharu. Tayar pun sudah diganti yang baharu walaupun tidak sama seperti yang asal. Locengnya pun sudah ditukar; begitu juga dengan lampu dinamo. Semua diubah suai di pekan kecil yang terletak tidak jauh dari kampung.  

Dengan Hercules inilah aku pergi ke sekolah ketika di sekolah rendah dan menengah. Bapa membawa kami adik-beradik. Aku duduk di palang manakala abang duduk di carrier. Kadang-kadang apabila bapa tidak menggunakannya, aku akan memberanikan diri menunggangnya. Walaupun waktu itu badanku kecil dan badan basikal ini besar, sanggup aku masukkan kaki bawah palang dan mengayuhnya seperti monyet. Sudah di tingkatan satu, baru aku beranikan diri dengan mengayuh cara duduk. Tidak tahu berapa kali aku sudah jatuh dan bangun bersama Hercules ini.

Sesudah berpusing-pusing di sekeliling kampung barulah aku akan memulakan kerja-kerja kebun di belakang rumah. Isteriku selalu bising kerana aku jarang membawanya bersiar-siar kebelakangan ini. Bukan aku tidak mahu, tetapi jika aku bawanya bersama, dia akan berhenti di banyak tempat dan berborak-borak dengan teman-temannya. Nanti matahari naik tinggi susahlah aku hendak berkebun.

Sekarang Hercules ini sudah menjadi antik. Jika dijual, harganya mahu juga mencecah RM 2000. Tapi siapa mahu beli. Lagipun, mana aku mahu jual khazanah yang ditinggalkan oleh datuk aku.

 

Comments

Popular posts from this blog

சிறுமி நீய்ஹா மதனின் சாதனைகள்

  அனுபவம்      எம்.   பிரபு   நான் தொடக்கப்பள்ளியில் படித்த காலத்திலிருந்தே மணிமேகலை நாயர் அவர்களின் குடும்பத்தை அறிந்திருந்தேன். மணிமேகலையும் அப்போது சிறுமியாக இருந்தார்.    என் தந்தை திரு. எஸ். மாதவன் அவர்கள்   National Union of Plantation Workers ( தேசிய தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம்) அமைப்பில் பொருளாளராகப் பணியாற்றினார். ஒவ்வொரு மாதமும்  அவர் மற்றும் ஓட்டுநர்   திரு. கோவிந்தன் அவர்களுடன் பஹாங்கில் உள்ள பல தோட்டங்களுக்கு Peugeot   404 காரில் சென்று தொழிலாளர்களிடமிருந்து சங்க ச்   சந்தாவை வசூலி ப்பதோடு  தோட்டத் தொழிலாளர்கள் எதிர் நோக்கும் பிரச்சனைகளையும் கேட்டறிவார்கள். அந்த வயதில் அங்கு நடக்கும் பிரச்சனைகளைப் பற்றி சரியாக உள்வாங்கிக் கொள்ள இயலவில்லை. இந்த மாதச்   சந்தா,  தொழிலாளர்களின் பாதுகாப்பிற்காகவும்   நலனுக்காகவும்  மேற்கொள்ளப்பட்டதாக அறிவேன். பொதுவாக தோட்ட பிரதிநிதிகள் மூலம் மாதச் சந்தா சேகரிக்கப்பட்டன. பள்ளி விடுமுறைகளில் நான் மற்றும் என் சகோதரர் ,  தந்தையுடன் அந்தப் பயணங்களின் போது...

PENGECUT

  Cerpen    Oleh: M. Mahendran       “Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.” “Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.” “Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.” “Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?” “Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.” “Bagaimana cara membantu mereka?” “Kita perlu merentasi lautan.” “Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?” “Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.” “Tidak bahayakah merentas lautan?” “Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.” “Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?” “Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan...

ஒரு கொலைகாரனுக்குப் பின்னால் ...

  சிறுகதை   எம்.   பிரபு                                       தெரிந்தோ தெரியாமலோ அவன் இந்த க்  கொலையை ச்  செய்து விட்டான். பிணம் நிச்சயம் எழப் போவது இல்லை. நடந்து முடிந்த சம்பவத்தை அவனால் மாற்றி அமைக்க இயலாது. நடந்து விட்டது. அதுதான் உண்மை. அழுதும் பயனில்லை. இந்த ச்   சூழ்நிலையை ஏற்றுத்தான் ஆக வேண்டும். காலம் கடந்து விட்டது. இப்போது அவன் செய்ய வேண்டியது ஒன்றுதான். இந்த பி ண த்தை அப்புறப் படுத்துவது. இனியும் தாமதப் படுத்த இயலாது. பிறகு சூழ்நிலை அவன் பக்கம் சார்ந்து இருக்காது . இது அவனுக்கு இரண்டாவது முறை . இதற்கு முன்பு செய்த போது அந்த வீட்டின் பின்னால் பரந்த நிலம் இருந்தது. அங்கு அதை புதைத்தாகி விட்டது. இப்போது நட த்தப்பட்ட  கொலை, அவனுக்கு   கடினமானது. இந்த கொலை தான்  அவன் முன்பு செய்த கொலைகளிலிருந்து மாறுபட்டது.   சங்கடமானதும்  கூட. இந்த வீடமைப்பு ப...