Skip to main content

PENGECUT

 Cerpen

 

 Oleh: M. Mahendran




 

 

 

“Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.”

“Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.”

“Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.”

“Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?”

“Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.”

“Bagaimana cara membantu mereka?”

“Kita perlu merentasi lautan.”

“Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?”

“Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.”

“Tidak bahayakah merentas lautan?”

“Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.”

“Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?”

“Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan mendapat tempat di ‘situ’ nanti.”

“Aku tidak mahu.”

“Mengapa tidak mahu?”

“Aku tidak berani.”

“Kamu pengecut.”

“Jangan kata begitu.”

“Jika kamu bukan pengecut, mengapa kamu tidak mahu ikut serta membantu saudara kita nun jauh di sana?”

“Aku tidak mahu menyusahkan diri.”

“Kamu hanya pentingkan diri sendiri. Pengecut!”

 “Jangan kata aku pengecut! Aku pun ada harga diri. Aku tahu yang mana betul dan yang mana tidak.”

“Jangan bagi alasan yang tidak masuk akal. Alasan itu menunjukkan kamu pengecut. Pengecut sentiasa akan memberi alasan untuk melepaskan diri.”

“Suka hati kamu. Katakanlah apa pun. Daripada aku menyusahkan diri tidak tentu pasal menolong orang jauh merentas lautan, lebih baik aku menolong mereka di sini sahaja.”

“Kamu tidak berasa bersalah? Kita diberi peluang untuk menolong saudara kita yang sedang mati, tapi kamu menolak?”

“Buat apa aku perlu rasa bersalah? Selama ini pun aku sentiasa menolong sesiapa sahaja yang memerlukan. Tidak kira saudara kita atau bukan saudara kita. Yang penting mereka adalah manusia.”

“Jadi, mengapa kamu tidak mahu sertai misi kami merentas lautan demi memelihara saudara kita?”

“Itu tidak perlu.”

“Kamu pengecut!”

“Katalah apa yang kamu suka. Aku lebih rela menolong masyarakat di negara sendiri daripada menolong rakyat di sana.”

“Kamu menderhaka!”

“Tidak wujud situasi derhaka di sini.”

“Kamu sudah digoda iblis!”

“Itu pandangan kamu. Aku tetap seperti biasa. Dengan tidak menolong mereka di seberang laut, bukan bermakna aku tidak berperikemanusiaan. Aku tetap aku.”

“Kamu tidak malu?”

“Buat apa aku perlu malu?”

“Orang memberi peluang keemasan untuk merentas lautan dan membantu saudara kita di sana, tapi kamu mengelak.”

“Kamu sudah tahu itu adalah kawasan berbahaya, kamu masih mahu pergi?”

“Aku tidak kisah.”

“Kamu ada kaum keluarga di sini. Nyawa kamu penting. Keluarga kamu yang membesarkan kamu. Tetapi kamu mahu mengorbankan diri demi orang yang tidak dikenali.”

“Kamu sudah lupa. Di mana sahaja terdapat saudara yang sama, mereka tetap menjadi sebahagian daripada hidup kita.”

 “Jadi, kamu sanggup mati demi mereka?”

“Ya.”

“Tidak kisahlah bagaimana ibu bapa kamu akan hidup di sini nanti tanpa kamu?”

“Dia ada. Dia boleh uruskan.”

“Sebagaimana Dia ada di sini, sudah pasti Dia pun akan ada di sana untuk menolong mereka.”

“Woi, pengecut! Jangan merepeklah!”

“Cubalah kamu berfikir berasaskan logik.”

“Apa yang logiknya?”

“Sudah kamu tahu ular tedung itu berbisa, adakah kamu masih akan menolong  tikus yang sedang dimangsakan?”  

“Jangan ibaratkan itu dengan misi kami!”

“ Apa yang aku katakan adaIah benar. Ikut suka kamulah.”

“Kalau sudah dasar pengecut, memang akan pengecutlah sampai bila-bila!”

“Katalah apa yang kamu suka. Asalkan kamu bahagia.”

“Jangan kamu menyesal nanti kerana tidak sertai misi kami.”

“Aku tidak akan menyesal.”

“Mulut kamu sahaja berkata begitu.”

“Aku ikhlas dan jujur.”

“Jangan kamu kata ikhlas. Aku sedih melihat kamu sebagai saudara tidak mematuhi segala apa yang diperturunkan.”

“Aku tidak peduli. Aku tahu Dia tahu. Itu sudah mencukupi. Aku tidak perlu tunjukkan kehebatan aku dengan merentas lautan.”

“Sungguh memalukan!”

“Biarkan.”

“Pengecut!”

Tamat

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...