Cerpen Oleh: M. Mahendran “Wah! m ama, kita berada di mana sekarang?” “ Mama, apakah bangunan-bangunan ini? Kami tak pernah tengok pun sebelum ini.” “Oh. Yang ini kuil, di atas bukit itu tokong, yang dikelilingi pohon-pohon hijau itu adalah vihara, bangunan tinggi itu gereja, yang di jauh sana itu masjid dan yang ini gurdwara. Tempat manusia zaman dahulu kala bersembahyang dan beribadat.” “Haaa! Tak fahamlah, mama .” “Dahulu manusia mempunyai agama, mempercayai Tuhan dan mereka beramal ibadat dan bersembahyang.” “Sembahyang?” ternganga mulut mereka berenam. “Pada kurun sekarang kita sedang mengamalkan cara lain. Kamu semua tahu apa itu Tuhan, bukan?” “Kami semua tahu Tuhan ada dalam diri kita. Semua orang yang berbuat baik adalah Tuhan. Itu sahaja yang kami tahu, mama .” “Pada kurun ke-20 ini, cara manusia menghadap Tuha...