Skip to main content

Lain Daripada Yang Lain

 


     

 

 

Esei                                                              

                                   Bernard Shaw

 

M. Mahendran

 

 

Setiap manusia yang dilahirkan di muka Bumi ini tidak sama antara satu sama dengan yang lain. Wajah, bentuk badan dan tutur kata setiap orang pasti ada perbezaannya. Lazimnya begitu. Jika ada persamaan dalam kalangan adik-beradik mahu pun yang kembar, masih terdapat kelainan yang dapat dibezakan.

Ini adalah perkara semula jadi atau sesuatu yang tidak disengajakan. Perbezaan yang diperturunkan secara turun-temurun di atas sebab-sebab tertentu. 

Geografi tempat kelahiran, kaum, keturunan, agama, budaya dan cara ibu bapa membesarkan seseorang anak akan membezakan sikap dan tingkah laku seseorang. Perbezaan ini juga adalah perbezaan yang biasa kita boleh perhatikan di mana-mana sahaja, contohnya ada di negara kita sendiri. Malah ketika membesar, rakan-rakan serta media sosial turut membentuk sikap dan perangai seseorang.

Seorang manusia yang dilahirkan di dunia perlu dan akan makan, minum, berlindung, bertutur, beragama, belajar, beriadah, bekerja, berkahwin, akan beranak-pinak, jatuh sakit dan akhirnya akan meninggal dunia.

Menjadi kaya, hidup sederhana atau miskin itu adalah kebijaksanaan untuk menentukan kehidupan masing-masing. Ada orang baik, ada yang tidak dan ramai juga yang berfikir dan bertindak sebagai penjenayah. Penjenayah pula terdiri daripada pelbagai golongan hingga sukar dihuraikan. Yakni, manusia sebegini wujud sejak turun-temurun dan berasimilasi berperingkat-peringkat dan akan mengulangi perkara yang sama sehingga pupusnya  manusia di muka Bumi ini suatu hari nanti.

Itu adalah kronologi kehidupan orang kebanyakan yang biasa dilihat dan dialami sendiri saban hari.

Lain pula dengan kehidupan manusia seperti raja, orang politik, artis, ahli sukan dan yang mereka yang tersohor. Walaupun mereka ini terkenal, mereka juga adalah manusia biasa seperti orang kebanyakan. Mereka juga masih terpaksa alami kehidupan sebagaimana orang kebanyakan lalui. Tidak ada perbezaan yang ketara. Lainlah jika mereka sedia dilahirkan bertanduk.

Pada pandangan saya, manusia yang disebutkan seperti di atas adalah lumrah dan tidak menarik perhatian untuk mengetahui latar-belakang mereka selanjutnya sebab mereka mengakuri kehendak dan keperluan di dunia ini.

Untuk mengetahui siapakah manusia yang berbeza 100% daripada manusia biasa adalah mereka yang tidak mengikuti atau hidup tanpa tata cara. Mereka ini menjalankan kehidupan mereka atas prinsip mereka sendiri. Pada pandangan manusia kebanyakan, mereka yang tidak melaksanakan tata cara hidup adalah manusia tidak sempurna atau pun luar biasa. Ada juga akan mengatakan mereka yang berbeza ini adalah orang gila sebab mereka tidak memiliki norma hidup seperti manusia biasa.

Manusia seperti ini memang lain daripada yang lain. Mereka sering kelihatan di mana-mana di muka dunia ini dan mereka masih dapat hidup bersama orang kebanyakan. Mereka juga masih dapat hidup walaupun terpaksa hidup sebagai alien bersama-sama masyarakat biasa tanpa apa-apa halangan

Apakah ciri-ciri yang membezakan mereka?

1. Mempunyai daya fikir yang luar biasa.

2. Tidak akan patuh pada apa yang ditetapkan di dunia ini, contohnya tidak  mempercayai akan wujudnya Tuhan atau mengamalkan mana-mana ajaran agama.

3. Kebudyaan dan tradisi keturunan atau kaum tidak dianggap suatu kemestian yang perlu diamalkan.

4. Tidak mendirikan rumah tangga.

5. Kurang bergaul bersama masyarakat

6. Suka kensunyian dan kesepian.

7. Tidak suka beriadah dan lebih suka menghabiskan masa dengan tugas atau perkara yang diminati sahaja.

8. Memiliki kepakaran yang hebat pada bidang yang diceburi.

9. Sentiasa melontarkan pandangan yang bercanggah dengan sikap dan amalan manusia terutama pada orang-orang politik. Namun, ia masih praktikal.

10. Mereka akan mewasiatkan harta mereka (jika ada) kepada golongan yang memerlukan.


                                                                    Ramana Maharishi

Sepuluh perkara yang yang dinyatakan di atas mungkin tidak akan pada orang yang sama. Mungkin beberapa ciri  dimiliki dan ada yang tidak. Manusia sebegini tidak menaruh minat dan malas untuk hidup sebagai orang biasa dan mereka sengaja membentuk diri mereka sebegitu rupa untuk kelihatan lain dan terhormat pada pandangan dunia.

Kebanyakan manusia begini akan membimbing masyarakat untuk berubah seperti mereka hendaki dan ada juga yang tidak. Yang penting, masyarakat mengetahui apa yang diamalkan dalam kehidupan mereka dan tidak salah jika tidak dipraktikkan.

Mereka yang memiliki ciri-ciri begini terkenal di seluruh dunia. Dan ada juga yang tidak kerana mereka berpegang kepada prinsip ini tanpa pengetahuan orang luar dan mereka juga tidak terkenal.

                                                                             Karl Marx
                                              

Penulis, ahli politik, pelakun, penyanyi,  saintis, tokoh agama, aktivis adalah mereka yang  tergolong dalam golongan ini.

Karl Marx, Adolf Hitler, E.V. Ramasamy,  Kamaraajar, Mahaathma Gandhi, Subramania Bharathiyaar, Ramana Maharishi, Leonardo DiCaprio, Oprah Winfrey, Al Pacino, George Bernard Shaw, Vincent van Gogh. Sekadar menyebut beberapa nama di sini. Mereka semua ini pernah dan sedang hidup di dunia ini dengan cara yang berbeza daripada mereka yang lain. Boleh dapatkan buku biografi mereka atau buku-buku yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Juga boleh diGoogle.

                                                                               Al Pacino

Keutamaan diberikan kepada karier dan rakyat jelata tanpa mementingkan kehendak dunia.

Adakah anda juga ingin menjadi lain daripada yang lain?

 

                                  


                                                                     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

Comments

Popular posts from this blog

சிறுமி நீய்ஹா மதனின் சாதனைகள்

  அனுபவம்      எம்.   பிரபு   நான் தொடக்கப்பள்ளியில் படித்த காலத்திலிருந்தே மணிமேகலை நாயர் அவர்களின் குடும்பத்தை அறிந்திருந்தேன். மணிமேகலையும் அப்போது சிறுமியாக இருந்தார்.    என் தந்தை திரு. எஸ். மாதவன் அவர்கள்   National Union of Plantation Workers ( தேசிய தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம்) அமைப்பில் பொருளாளராகப் பணியாற்றினார். ஒவ்வொரு மாதமும்  அவர் மற்றும் ஓட்டுநர்   திரு. கோவிந்தன் அவர்களுடன் பஹாங்கில் உள்ள பல தோட்டங்களுக்கு Peugeot   404 காரில் சென்று தொழிலாளர்களிடமிருந்து சங்க ச்   சந்தாவை வசூலி ப்பதோடு  தோட்டத் தொழிலாளர்கள் எதிர் நோக்கும் பிரச்சனைகளையும் கேட்டறிவார்கள். அந்த வயதில் அங்கு நடக்கும் பிரச்சனைகளைப் பற்றி சரியாக உள்வாங்கிக் கொள்ள இயலவில்லை. இந்த மாதச்   சந்தா,  தொழிலாளர்களின் பாதுகாப்பிற்காகவும்   நலனுக்காகவும்  மேற்கொள்ளப்பட்டதாக அறிவேன். பொதுவாக தோட்ட பிரதிநிதிகள் மூலம் மாதச் சந்தா சேகரிக்கப்பட்டன. பள்ளி விடுமுறைகளில் நான் மற்றும் என் சகோதரர் ,  தந்தையுடன் அந்தப் பயணங்களின் போது...

PENGECUT

  Cerpen    Oleh: M. Mahendran       “Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.” “Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.” “Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.” “Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?” “Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.” “Bagaimana cara membantu mereka?” “Kita perlu merentasi lautan.” “Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?” “Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.” “Tidak bahayakah merentas lautan?” “Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.” “Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?” “Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan...

ஒரு கொலைகாரனுக்குப் பின்னால் ...

  சிறுகதை   எம்.   பிரபு                                       தெரிந்தோ தெரியாமலோ அவன் இந்த க்  கொலையை ச்  செய்து விட்டான். பிணம் நிச்சயம் எழப் போவது இல்லை. நடந்து முடிந்த சம்பவத்தை அவனால் மாற்றி அமைக்க இயலாது. நடந்து விட்டது. அதுதான் உண்மை. அழுதும் பயனில்லை. இந்த ச்   சூழ்நிலையை ஏற்றுத்தான் ஆக வேண்டும். காலம் கடந்து விட்டது. இப்போது அவன் செய்ய வேண்டியது ஒன்றுதான். இந்த பி ண த்தை அப்புறப் படுத்துவது. இனியும் தாமதப் படுத்த இயலாது. பிறகு சூழ்நிலை அவன் பக்கம் சார்ந்து இருக்காது . இது அவனுக்கு இரண்டாவது முறை . இதற்கு முன்பு செய்த போது அந்த வீட்டின் பின்னால் பரந்த நிலம் இருந்தது. அங்கு அதை புதைத்தாகி விட்டது. இப்போது நட த்தப்பட்ட  கொலை, அவனுக்கு   கடினமானது. இந்த கொலை தான்  அவன் முன்பு செய்த கொலைகளிலிருந்து மாறுபட்டது.   சங்கடமானதும்  கூட. இந்த வீடமைப்பு ப...