Esei Oleh: M. Mahendran Walaupun bukan semua ibu bapa berbuat demikian , namun begitu, pada pemerhatian saya , kebanyakan mereka manjakan anak lebih daripada sepatutnya . Peredaran zaman serta keadaan ekonomi negara yang jauh lebih baik daripada dahulu telah mengubah cara membesarkan seseorang anak. Ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah di seluruh dunia. Yang paling nampak ketara adalah di sini. Keadaan ini jauh berbeza pada zaman persekolahan ibu bapa saya pada tahun 40-an dan 50-an. P ada masa persekolahan saya pada tahun 70-an dan 80-an pula, banyak perkara yang saya alami tidak sama dengan apa yang dinikmati oleh generasi sekarang. Apa yang saya nikmati, tidak dinikmati oleh kedua orang tua saya. Ketika itu keadaan masih terkawal. Semasa saya kecil, kemudahan elektrik sudah pun mendapat tempat di kawasan bandar dan kampung-kampung berhampiran dengan bandar. Kawasan lua...