Skip to main content

SAYA, RTM DAN HARI RAYA PUASA

 Pengalaman

 

                                 




M. Mahendran

 

Sejak sekolah rendah lagi saya sudah berkawan dengan rakan-rakan Melayu. Jika tidak, tidak berertilah kita dilahirkan di Malaysia. Walaupun Hari Raya Puasa sudah diraikan sejak abad ke-13 Masihi lagi di sini, iaitu sekitar tahun 1400-an; ketika di darjah satu, sudah tentulah saya tidak tahu apa itu Hari Raya Puasa dan mengapa perlunya sambutan itu dan sebagainya.

Saya juga tidak tahu pasal amalan berpuasa dan lain-lain tentang agama Islam. Malahan, pasal agama yang dianuti (Hindu) sendiri pun saya tidak tahu apa-apa. Saya bersembahyang menurut cara mereka bersembahyang di rumah ataupun di kuil. 

Di sekolah kebangsaan tempat saya belajar, ramai pelajar kaum Cina dan India; di mana kantin sekolah sentiasa dibuka. Saya pun tidak ingat adakah rakan-rakan Melayu saya ketika itu berpuasa atau tidak pada bulan Ramadhan.



Saya mula mengetahui lebih dekat mengenai Hari Raya Puasa ketika di Darjah 5. Ini adalah kerana ketika itulah kami memiliki peti televisyen Philips hitam putih berukuran 14 inci. Peti televisyen itu dibeli oleh bapa pada minggu kedua Disember tahun 1978 di Singapura pada harga yang boleh dikatakan murah. Dahulu penduduk Malaysia, terutamanya di Johor rajin ke Singapura untuk membeli-belah. Ketika itu nilai Ringgit Malaysia dan nilai Dollar Singapura adalah sama. Bapa juga berasal dari Segamat, Johor.



Peti televisyen adalah barang kehendak (kemudian menjadi barang keperluan) berharga bagi semua keluarga di Malaysia pada era itu. Ia dijaga dengan sungguh berhati-hati bagai menatang minyak yang penuh. Philips hitam putih itu tidak ada tombol putar untuk mencari saluran seperti kebanyakan peti televisyen lain. Untuk menghidupkan televisyen dan mencari saluran, ada beberapa punat/butang tekan. Manakala, untuk menguatkan/mengurangkan bunyi dan menerangkan/mengurangkan keterangan gambar, ada punat kecil jenis tolak di tepi TV. Dan sudah tentulah tidak ada alat kawalan jauh.  

Pada masa itu, Malaysia cuma ada siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mempunyai dua saluran.  RTM juga adalah stesen televisyen milik kerajaan. Segala berita dan dokumentari yang disiarkan sudah pasti mengandungi propaganda kerajaan. Masa itu saya bukan tahu pun apa itu kerajaan atau tentang propaganda mereka. Yang saya tahu,  Dato’ Hussein Onn (kemudian digelar Tun Hussein Onn) adalah Perdana Menteri kita dan beliau dari parti Barisan Nasional yang  memerintah Malaysia.  

Sejak ada TV di rumah, menjadi mudah untuk saya mengetahui perihal agama dan kebudayaan kaum Melayu. Lebih-lebih lagi ia banyak membantu saya menguasai bahasa Malaysia dengan baik.

Siaran TV ketika penghujung tahun 70-an akan bermula siarannya pada jam 5 petang dengan bacaan Al-Quran dan terjemahannya dalam bahasa Malaysia. Selain itu, setiap kali masuk waktu sembahyang  akan diberi laluan untuk  seruan azan di pertengahan sesebuah rancangan di saluran 1.

Saya sering mengeluh ketika seruan azan disiarkan dan saya rasa begitulah perasaan kebanyakan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap 'mengganggu'. Kemudian seruan azan itu sudah menjadi biasa dan sebati hingga ia membolehkan saya memahami maksudnya kerana disediakan terjemahannya sekali. Ada juga beberapa lagi gangguan lain yang ‘dinikmati’ bersama semasa siaran TV pada tahun 70-an hingga 80-an.



Siaran TV pada era itu juga menyiarkan slot Drama Minggu Ini setiap malam Ahad. Dengan menonton siaran drama inilah saya mempelajari adat dan kebudayaan Melayu tanpa disedari. Begitu juga dengan siaran filem-filem Melayu lama. Saya dapati ada banyak persamaan antara kebudayaan India dan Melayu. 

Setiap Hari Raya Puasa RTM menyiarkan pelbagai jenis rancangan yang menarik. Sudah tentulah saya menyukai rancangan jenis lawak jenaka. Suasana hari raya akan dipaparkan dengan gelagat para pelakon seperti A.R. Badol. R. Jaafar, Norlia Ramli, Hamid Gurkha, Param, Ayappan, Sentilathiban, Lim Go Poh, Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan lain-lain lagi.

Rancangan-rancangan seperti ini telah mengajar saya tentang sambutan Hari Raya Puasa. Ini membuatkan saya memberanikan diri untuk berkunjung ke rumah rakan-rakan Melayu yang tinggal di berek polis, Jalan Club ( kini digelar Jalan Anuar) Bentong, yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Ini bermaksud saya sudah merasai kuih muih Melayu seperti ketupat, lemang, rendang dan dodol sejak umur saya yang ke-11.

Sejak itu, saya mula mengunjungi rumah rakan-rakan Melayu ketika Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Setelah dewasa, kunjungan itu sudah agak berkurangan kerana kebanyakan mereka telah berpindah ke tempat lain.

Saya rasa amat bersyukur dan gembira kerana dilahirkan di sebuah negara yang memiliki pelbagai bahasa, budaya, tradisi dan makanan. Kunjung-mengunjungi ke rumah rakan pada setiap perayaan seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Raya Puasa harus diteruskan tanpa rasa was-was.


 Marilah kita kekalkan persahabatan ini agar Malaysia aman dan tenteram untuk selama-lamanya.

 

 

 

 

 

 





Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...

கருப்பான கருப்பா

  சிறுகதை                                                  எம் . பிரபு                                            எனக்கு அழுகை அழுகையா வருது . என் முகமெல்லாம் கண்ணீர். என்னால சாப்பிடக் கூட முடியில . எல்லாம் என் தவறுதான் . என் தவறு இல்லனாலும் , அது என் தவறுதான் . யார் தவறுனும் சரியா புரிய மாட்டேங் கிறது . நல்லவேளை அப்பாவும் அம்மாவும் என்னை ஏசல , அடிக்கல.   அவங்க ஏசியிருந்தாலும்   அடிச்சியிருந்தாலும் , நான் அழுதிருக்க  மாட்டேன் .   நடந்ததை  விட அவங்க ஏச்சு எனக்கு பெருசா படாது . இப்ப அழுதுக்கிட்டு இருக்கேன் . என்னால என் அழுகையை நிறுத்தவே   முடியில . மனசு ரொம்ப கனமாவும் கஷ்டமாவும் இருக்கு . தேம்பித் தேம்பி அழுதுக்கி ட்டே இருக்கேன் . நான் அழுவாம இருக்கனும்னா , அதுக்கு ஒரே வழி மட்டும்தான் இருக்கு . ஆமா , அது நடந்திட்டா நான் அழு...