Skip to main content

KEBIADABAN DI MEDIA SOSIAL

 Esei




 

 


M. Mahendran

 

Kebelakangan ini, kita sering menyaksikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh sebilangan individu daripada pelbagai kaum di negara ini. Keharmonian yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini diabaikan demi kepentingan diri sendiri atau kaum masing-masing. Perbuatan sebegini jelas boleh dikategorikan sebagai biadab.

Penggunaan bahasa kesat, memaki, menghina, memfitnah, buli siber, dan ucapan kebencian adalah sikap biadab yang perlu dikawal. Kekurangan didikan sivik dan moral sejak kecil boleh mencetuskan sikap sebegini. Selain itu, pergaulan yang terhad dalam kalangan sendiri sahaja boleh menimbulkan prasangka buruk terhadap kaum lain. Ini juga merupakan sikap biadab yang perlu ditangkis sejak kecil lagi.

Media sosial seperti Facebook, TikTok, dan YouTube kini sering dijadikan medan perdebatan untuk isu-isu remeh yang sepatutnya boleh diselesaikan secara tertutup. Perkara yang boleh diselesaikan dengan cara hormat dan bijak diperbesar-besarkan sehingga menimbulkan provokasi berlebihan. Ini adalah insiden yang sungguh memalukan.

Situasi sebegini membimbangkan dan boleh mengundang pertelingkahan antara kaum di negara tercinta ini. Kita tidak mahu sejarah lampau berulang. Malangnya, mereka yang bertanggungjawab langsung tidak mempunyai sikap bertolak ansur dan masih mementingkan imej kaum masing-masing. Mereka lupa bahawa setiap kaum di negara ini adalah anak kelahiran tanah air yang telah hidup bersama berkurun lamanya.

Mereka juga lupa bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain dalam segala urusan harian. Menghina sesuatu kaum dengan kata-kata kesat adalah sikap biadab yang tidak wajar berlaku pada era masa kini dan seterusnya.

Jadi, apakah tujuan sebenar media sosial? Media sosial adalah medium untuk masyarakat menimba ilmu pengetahuan sambil berhibur. Namun, kerana ia mudah digunakan dan sebaran boleh dilakukan hanya dengan hujung jari, ruang untuk disalahgunakan amat besar. Sebagai manusia berfikiran waras dan sedar akan akibat penyalahgunaan, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Apabila timbul isu perkauman atau agama, ia tidak sepatutnya disebarkan di media sosial. Pastikan isu tersebut disampaikan melalui saluran yang betul agar ia dapat diselesaikan dengan sempurna. Kita boleh melihat sendiri apa yang terjadi apabila semua masalah disebarkan di media sosial. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan mereka dengan menulis perkara yang bukan-bukan di ruang komen. Setiap kaum dijenamakan dengan nama tertentu yang pasti mengundang kemarahan, dan ia berterusan tanpa kesudahan.

Walaupun secara berdepan, masing-masing tidak berani bersuara, di media sosial kelakuan mereka jauh lebih hina daripada haiwan yang menjijikkan. Tidak jelas dari mana mereka mendapat keberanian sedemikian. Kita sendiri perasan bahawa ketegangan antara kaum tidak pernah berlaku seteruk ini sebelum adanya media sosial. Kini, saban hari terdapat sahaja perkara menyinggung sesuatu kaum yang ditonjolkan dan diperbesar-besarkan tanpa usul periksa.

Lainlah jika berlaku kemungkaran dalam kalangan pihak berkuasa; ia boleh sahaja dimuat naik di media sosial jika tiada tindakan sewajarnya diambil, seperti kes rasuah, salah guna kuasa, dan lain-lain isu yang boleh memudaratkan rakyat.

Sebelum bersikap biadab di media sosial, setiap individu harus tahu untuk mengawal diri daripada bertindak secara emosional. Emosi harus dikawal. Setiap orang perlu sedar bahawa menulis dan bercakap secara biadab di media sosial hanya mendatangkan risiko dan tiada manfaat, kecuali mungkin “likes” yang banyak.

Adakah anda mahu menonjolkan diri sebagai hero sesuatu kaum dengan berbuat demikian? Adakah anda akan disanjung tinggi dan dikurniakan darjat tertinggi negara? Sudah tentu tidak.

Oleh itu, lebih baik tidak mengambil peduli terhadap provokasi di media sosial kerana ia hanya membazirkan masa. Lebih baik luangkan masa untuk perkara yang bermanfaat bagi diri sendiri dan keluarga.

Selain berkelakuan baik dan beretika di media sosial, pihak pengendali media sosial juga perlu memperbaiki sistem dengan menapis segala paparan sebelum ia ditularkan. Pemilik akaun yang bersikap biadab seharusnya disekat dan tidak dibenarkan bergerak bebas di media sosial selama-lamanya.

Dengan adanya disiplin diri serta pengawalan ketat terhadap media sosial, barulah negara ini akan aman daripada segala gejala yang tidak diingini.

Manusia beradab, negara makmur!

Top of Form

 

Bottom of Form

 

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...

கருப்பான கருப்பா

  சிறுகதை                                                  எம் . பிரபு                                            எனக்கு அழுகை அழுகையா வருது . என் முகமெல்லாம் கண்ணீர். என்னால சாப்பிடக் கூட முடியில . எல்லாம் என் தவறுதான் . என் தவறு இல்லனாலும் , அது என் தவறுதான் . யார் தவறுனும் சரியா புரிய மாட்டேங் கிறது . நல்லவேளை அப்பாவும் அம்மாவும் என்னை ஏசல , அடிக்கல.   அவங்க ஏசியிருந்தாலும்   அடிச்சியிருந்தாலும் , நான் அழுதிருக்க  மாட்டேன் .   நடந்ததை  விட அவங்க ஏச்சு எனக்கு பெருசா படாது . இப்ப அழுதுக்கிட்டு இருக்கேன் . என்னால என் அழுகையை நிறுத்தவே   முடியில . மனசு ரொம்ப கனமாவும் கஷ்டமாவும் இருக்கு . தேம்பித் தேம்பி அழுதுக்கி ட்டே இருக்கேன் . நான் அழுவாம இருக்கனும்னா , அதுக்கு ஒரே வழி மட்டும்தான் இருக்கு . ஆமா , அது நடந்திட்டா நான் அழு...