Pengalaman M. Mahendran Ramai dalam kalangan kita (bukan pembaca tegar) masih tidak tahu membezakan cerpen dan novel. Mereka menganggap cerpen dan novel adalah sama. Seringkali cerpen disebut sebagai novel. Mereka tidak ambil pusing tentang perbezaan antara kedua-dua genre ini. Saya mula membaca cerpen sejak sekolah rendah lagi . Tajuk buku itu adalah ‘16 Cherita Pendek’. Saya sudah lupa akan siapa penulisnya. Buku itu saya dapati dalam koleksi buku-buku dan majalah kepunyaan bapa saya. Saya amat tertarik dengan kumpulan cerpen itu. Kesemua 16 cer pen dalam buku tersebut sungguh seronok dibaca. I a seronok kerana cer pen-cerpennya berunsu r jenaka. Berulang-kali saya membaca. Ketika umur saya meningkat, saya dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan dalam buku itu . Ini adalah kerana saya tidak memahami maksud perkataan-perkataan yang kelihatan masih baharu ketika itu. Deng...