Skip to main content

PAKSAAN DEMI PAKSAAN

 Esei

 

                                         






M. Mahendran

 

 

Dalam kehidupan seharian, kita sering menghadapi pelbagai situasi yang tidak menyenangkan. Ia  sudah bermula sejak alam bayi lagi. Apabila seorang bayi tidak lapar atau dahaga disumbatkan botol susu ke dalam mulutnya; bayi itu akan menunjukkan protes dengan menangis dan meraung.

Ini bererti, apa yang dilakukan terhadap bayi itu adalah suatu paksaan.

Perkara yang tidak digemari oleh seseorang, tidak harusnya dipaksa untuk membuat mereka menerimanya. Ini bukan sifat perikemanusiaan. Ia akan mengundang masalah psikologi kepada individu tersebut.

Sebagai contoh, saya tidak gemar minum kopi, walau apa jenis kopi pun. Tetapi kawan saya pula adalah penggemar tegar. Dia akan mencadangkan beberapa jenis kopi. Saya akan mengelak. Setiap kali dia akan menceritakan kehebatan rasa kopi dan khasiatnya dan memaksa secara halus untuk saya menikmati kopi.

Untuk menjaga hati kawan, saya mungkin akan minum kerana terpaksa. Pada hakikatnya saya tidak suka. Ini bermaksud saya dipaksa untuk minum kopi dengan penuh strategik. Ini akan berterusan setiap kali bersarapan atau minum petang dengannya. Nilai persahabatan akan tercemar tanpa disedari.

Paksaan juga boleh berlaku dalam alam  percintaan dan perkahwinan.

Cinta dan perkahwinan juga tidak boleh  dipaksa. Ia akan berakhir dengan penceraian dalam masa tersingkat. Kebelakangan ini banyak kes cerai terjadi dalam kalangan muda-mudi. Keadaan ini sungguh membimbangkan.

Ada pula pasangan suami isteri yang berkahwin atas dasar cinta, pada kemudian hari dengan berlakunya insiden-insiden paksaan dalam alam rumah tangga, mereka menamatkan hubungan di mahkamah. Jika mereka sudah mendapat anak, apa pula akan terjadi kepada mereka?

Kita berhak untuk menolak apa yang ingin disogokkan walaupun perkara itu baik. Bukan semua perkara baik yang “diiklankan” itu harus diterima. Bukan semua orang akan menyukai apa yang “diiklankan”. “Iklan” boleh mempengaruhi seseorang secara halus sebab ia diulang. Yakni, kita dipaksa untuk menurut  apa yang “diiklankan”.

Apabila diselidiki sifat-sifat mereka yang gemar memaksa; baik orang perseorangan, kerajaan, syarikat, ibu bapa,  guru-guru, institusi, “ajaran” dan sebagainya; didapati mereka adalah keras kepala. Sukar menerima pandangan atau pendapat orang lain. Ingin semuanya mengikut kehendak mereka.

Mereka bersifat dominan. Yakni, mereka suka mengawal keadaan atau orang lain dan merasa dirinya mesti diikuti.

Orang seperti ini tidak mempunyai sikap sabar. Mereka tidak sanggup menunggu atau memberi ruang kepada orang lain untuk membuat keputusan.

Oleh kerana mereka sentiasa mementingkan diri sendiri. Ia tidak memberi ruang untuk memikirkan perasaan orang lain.

Ada juga pihak majikan mengutamakan disiplin atau aturan secara esktrem sehingga boleh menekan orang lain.

Ahli-ahli politik yang menjalankan sesuatu negara memiliki sikap kurang empati, iaitu sukar memahami atau menghargai pandangan orang dan perasaan orang lain. Mereka suka menguatkuasakan peraturan atau undang-undang dengan cara yang ketat.

Untuk mencapai tujuan, mereka menggunakan cara paksaan yang ketara hingga pihak lain terpaksa tunduk.

Jika kita lihat mereka yang fanatik agama pula, mereka sukar menerima perbezaan amalan atau pandangan dalam perkara keagamaan.  Mereka gemar untuk memaksa orang lain berbuat sesuatu kerana ia dianggap “betul” atau “wajib” menurut agamanya.





Sasterawan Negara Usman Awang sering menyoroti isu ketidakadilan dalam karya-karyanya. Beliau percaya bahawa sastera harus berfungsi sebagai cermin masyarakat dan alat perubahan sosial. Usman Awang menekankan pentingnya kebebasan individu dan menentang segala bentuk penindasan melalui karya-karyanya.




Manakala Sasterawan Negara A. Samad Said sering mengangkat tema kemanusiaan dan ketidakadilan dalam karya-karyanya. Beliau menekankan bahawa paksaan, sama ada dalam bentuk politik atau sosial boleh merosakkan nilai kemanusiaan dan perpaduan. Melalui karya seperti “Salina”, beliau menggambarkan kesan buruk paksaan terhadap individu dan masyarakat.

Untuk mengelakkan atau menghadapi mereka yang suka memaksa, ada beberapa cara saya dapati di media sosial yang boleh membantu para pembaca budiman.

Tetapkan sempadan diri. Jangan mudah terpengaruh; nyatakan pendirian anda dengan jelas tanpa agresif.

Bersikap tegas tetapi sopan. Jawab dengan tenang. Jangan tunduk semata-mata kerana tekanan.

Elakkan perdebatan panjang. Jika mereka keras kepala, jangan habiskan tenaga dengan bertengkar; pilih masa sesuai untuk bercakap.

Jangan ambil hati sangat. Fahami bahawa paksaan mereka lebih kepada sifat atau kepercayaan mereka, bukan serangan peribadi.

Alihkan perbualan atau tinggalkan situasi. Keluar dari situasi itu atau ubah topik.

Gunakan pendekatan diplomatik. Kadang-kadang boleh cuba menyakinkan mereka secara logik atau emosi tanpa konfrontasi.

Cailah sokongan. Jika ia melibatkan kumpulan atau organisasi, dapatkan sokongan orang lain yang sependapat untuk menghadapi tekanan.

Jadi, konklusifnya paksaan menyekat kebebasan dan boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Pendekatan berhemah, sabar dan menghormati hak orang lain akan lebih berkesan untuk mencapai keharmonian.

Ayuh, mari kita mempertahankan kebenaran dan menentang paksaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 



Comments

Popular posts from this blog

சிறுமி நீய்ஹா மதனின் சாதனைகள்

  அனுபவம்      எம்.   பிரபு   நான் தொடக்கப்பள்ளியில் படித்த காலத்திலிருந்தே மணிமேகலை நாயர் அவர்களின் குடும்பத்தை அறிந்திருந்தேன். மணிமேகலையும் அப்போது சிறுமியாக இருந்தார்.    என் தந்தை திரு. எஸ். மாதவன் அவர்கள்   National Union of Plantation Workers ( தேசிய தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம்) அமைப்பில் பொருளாளராகப் பணியாற்றினார். ஒவ்வொரு மாதமும்  அவர் மற்றும் ஓட்டுநர்   திரு. கோவிந்தன் அவர்களுடன் பஹாங்கில் உள்ள பல தோட்டங்களுக்கு Peugeot   404 காரில் சென்று தொழிலாளர்களிடமிருந்து சங்க ச்   சந்தாவை வசூலி ப்பதோடு  தோட்டத் தொழிலாளர்கள் எதிர் நோக்கும் பிரச்சனைகளையும் கேட்டறிவார்கள். அந்த வயதில் அங்கு நடக்கும் பிரச்சனைகளைப் பற்றி சரியாக உள்வாங்கிக் கொள்ள இயலவில்லை. இந்த மாதச்   சந்தா,  தொழிலாளர்களின் பாதுகாப்பிற்காகவும்   நலனுக்காகவும்  மேற்கொள்ளப்பட்டதாக அறிவேன். பொதுவாக தோட்ட பிரதிநிதிகள் மூலம் மாதச் சந்தா சேகரிக்கப்பட்டன. பள்ளி விடுமுறைகளில் நான் மற்றும் என் சகோதரர் ,  தந்தையுடன் அந்தப் பயணங்களின் போது...

PENGECUT

  Cerpen    Oleh: M. Mahendran       “Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.” “Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.” “Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.” “Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?” “Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.” “Bagaimana cara membantu mereka?” “Kita perlu merentasi lautan.” “Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?” “Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.” “Tidak bahayakah merentas lautan?” “Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.” “Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?” “Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan...

ஒரு கொலைகாரனுக்குப் பின்னால் ...

  சிறுகதை   எம்.   பிரபு                                       தெரிந்தோ தெரியாமலோ அவன் இந்த க்  கொலையை ச்  செய்து விட்டான். பிணம் நிச்சயம் எழப் போவது இல்லை. நடந்து முடிந்த சம்பவத்தை அவனால் மாற்றி அமைக்க இயலாது. நடந்து விட்டது. அதுதான் உண்மை. அழுதும் பயனில்லை. இந்த ச்   சூழ்நிலையை ஏற்றுத்தான் ஆக வேண்டும். காலம் கடந்து விட்டது. இப்போது அவன் செய்ய வேண்டியது ஒன்றுதான். இந்த பி ண த்தை அப்புறப் படுத்துவது. இனியும் தாமதப் படுத்த இயலாது. பிறகு சூழ்நிலை அவன் பக்கம் சார்ந்து இருக்காது . இது அவனுக்கு இரண்டாவது முறை . இதற்கு முன்பு செய்த போது அந்த வீட்டின் பின்னால் பரந்த நிலம் இருந்தது. அங்கு அதை புதைத்தாகி விட்டது. இப்போது நட த்தப்பட்ட  கொலை, அவனுக்கு   கடினமானது. இந்த கொலை தான்  அவன் முன்பு செய்த கொலைகளிலிருந்து மாறுபட்டது.   சங்கடமானதும்  கூட. இந்த வீடமைப்பு ப...