Skip to main content

CARA SAYA MENIKMATI SEBUAH CERPEN

 Pengalaman

 


M. Mahendran


 

 

Ramai dalam kalangan kita (bukan pembaca tegar) masih tidak tahu membezakan cerpen dan novel. Mereka menganggap cerpen dan novel adalah sama. Seringkali cerpen disebut sebagai novel. Mereka tidak ambil pusing tentang perbezaan antara kedua-dua genre ini.

Saya mula membaca cerpen sejak sekolah rendah lagi. Tajuk buku itu adalah ‘16 Cherita Pendek’.  Saya sudah lupa akan siapa penulisnya. Buku itu saya dapati dalam koleksi buku-buku dan majalah kepunyaan bapa saya.

Saya amat tertarik dengan kumpulan cerpen itu. Kesemua 16 cerpen dalam buku tersebut sungguh seronok dibaca. Ia seronok kerana cerpen-cerpennya berunsur jenaka. Berulang-kali saya membaca. Ketika umur saya meningkat, saya dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan dalam buku itu. Ini adalah kerana saya tidak memahami maksud perkataan-perkataan yang kelihatan masih baharu ketika itu.

Dengan keadaan kurang memahami pelbagai kosa kata bahasa Malaysia, kakak saudara saya menghadiahkan pula sebuah novel terjemahan karya Enid Blyton. Antara faham dan tidak, saya menghabiskan juga buku itu pada usia yang ke-10.

Semasa usia mencecah belasan tahun, saya mula membaca cerpen-cerpen bahasa Tamil yang disiarkan di akhbar dan majalah. Lebih-lebih lagi, ibu saudara saya Puan Saratha Kannan seorang penulis cerpen terkenal ketika itu. Karya-karya beliau menjadi tumpuan utama. Cerpen-cerpen mendiang juga disiarkan di radio Malaysia Rangkaian Merah. Kebanyakan cerpen-cerpen Tamil bertemakan isu-isu kekeluargaan.

Di tingkatan empat, saya mendapat tawaran untuk mengikuti aliran sastera. Di situlah saya membaca cerpen-cerpen bahasa Malaysia yang lebih dewasa dan matang dalam kumpulan cerpen Suatu Subuh Yang Bening.

Buku Suatu Subuh Yang Bening dihayati dengan penuh perasaan. Saya tidak membaca buku tersebut seperti buku pelajaran. Boleh dikatakan Suatu Subuh Yang Bening telah mencetuskan sesuatu di dalam diri saya untuk menulis cerpen. Selepas tiga tahun saya dapat hasilkan cerpen sulung saya.

Saya tidak membaca apa sahaja cerpen yang disajikan. Bukan semua cerpen akan menarik perhatian untuk meneruskan bacaan. Ia perlu membuat saya suka. Ini bermaksud, sesebuah cerpen perlu menarik perhatian saya pada perenggan pertama. Jika perenggan pertama itu berjaya mengusik minda, saya akan meneruskan bacaan.

Kadang-kadang cerpen yang enak dibaca di beberapa perenggan awal akan membosankan pada perenggan-perenggan berikutnya hingga membuatkan saya mudah menguap.

Cerpen-cerpen di akhbar Tamil kebiasaannya dihias dengan lukisan. Kebanyakan lukisan pada akhbar mingguan Tamil tidak menepati citarasa saya untuk membacanya. Cuma beberapa lukisan pelukis yang bijak sahaja yang mendapat tempat di hati saya. Dengan adanya lukisan cantik dan reka letak yang bagus boleh membuatkan saya baca sesuatu cerpen hingga tamat.




Terdapat juga akhbar-akhbar Tamil tempatan menggunakan lukisan diambil dari akhbar-akhbar India dan ia masih berlaku hingga kini pada zaman teknologi AI.

Pada tahun 80-an dan 90-an saya banyak membaca karya-karya penulis veteran seperti Keris Mas, A. Samad Said, Azizi Hj Abdullah, Adullah Hussain, A. Samad Ismail, Shanon Ahmad dan lain-lain. Karya-karya mereka banyak menghuraikan situasi dan masalah pada zaman tertentu.

Saya dapat menikmati sesuatu kejadian pada zaman tertentu dengan penuh khusyuk. Seolah-olah saya sendiri sedang menghadapi situasi itu pada era tertentu. Saya gemar begitu.

Sementara itu, cerpen-cerpen saudara Uthaya Sankar SB pula banyak mengandungi unsur-unsur kebudayaan kaum India serta plot twist. Saya banyak mengetahui dan mempelajari melalui buku-buku beliau.

Cerpen yang mengandungi unsur tegang dan plot twist juga akan membuatkan saya untuk menghabiskannya dalam sekali duduk sahaja. Ini bermaksud, cerpen itu harus mengandungi emosi tanpa ayat meleret-leret panjang menerangkan latar dan rupa bentuk watak.

Ada cerpen enak dibaca tanpa dialog, manakala ada cerpen enak dibaca diselitkan dialog di tempat-tempat yang diperlukan. Dialog perlu ringkas dan kena pada tempatnya. Setiap ayat dan perenggan perlulah ditulis secara pendek. Setiap plot harus bergerak pantas. Konflik perlu bermula pada awal cerita. Barulah pembacaan akan berjalan lancar membuatkan saya terjerumus ke dalam sesuatu kisah tanpa sedar.

Saya juga tidak gemar membaca cerpen yang mengandungi banyak watak, baik watak penting atau tidak penting. Ini akan membuatkan saya keliru dan sukar untuk meneruskan bacaan.

Cerpen-cerpen keagamaaan, penuh tersirat dengan nasihat atau berbentuk propaganda akan saya hindarkan. Saya hanya suka kepada kisah yang benar-benar pernah terjadi dan akan terjadi di dunia nyata. Ini bermakna, saya boleh berimaginasi dengan apa yang terdapat di muka bumi ini. Kisah-kisah futuristik yang tidak masuk akal juga saya akan tolak ke tepi.

Masa untuk membaca sesebuah cerpen juga perlu diambil kira. Sebuah cerpen enak dibaca pada waktu pagi, waktu minum petang dan sebelum tidur. Waktu tengah hari paling tidak sesuai untuk membaca, ia akan mengundang kantuk.

 Cerpen-cerpen yang terkandung dalam sebuah kumpulan cerpen ataupun antologi haruslah berbeza antara satu dengan yang lain. Tema yang sama akan membosankan pembaca.

Saya akan membaca dengan memilih karya-karya penulis tersohor dan yang lain jika karya yang disajikan itu bermutu. Kadang-kadang sasterawan hebat turut menghasilkan karya-karya yang tidak menepati cita rasa saya.

Jadi, untuk saya menikmati sebuah cerpen, cerpen itu perlu ditulis tidak melebihi 10 hingga 11 muka surat. Tajuk cerpen perlu menarik. Ada cangkuk naratif pada  perenggan pertama. Cerita perlu segar dan bergerak pantas dengan beberapa watak. Memberi pengetahuan. Tidak ditulis untuk tujuan propaganda. Kesudahan yang boleh membuat saya berfikir. Kisah cinta asmara, hantu dan tahyul tidak akan menjadi pilihan saya.

Apa yang  dinyatakan  adalah berpandukan pada selera baca saya.  

Lain orang, lain pula cita rasanya.

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...