Esei M. Mahendran Apakah yang dimaksudkan dengan ‘asimilas i ’ atau dalam bahasa Inggerisnya assimilate ? K amus Reader ’ s Digest (1998) memberi maksud begini : to be absorbed into the body or mind. The body can assimilate some foods easily. We assimilated a lot of new information at today’s lecture. to intergrate, adjust to a new environment. We must encourage the assimilation of the newcomers. Ada segelintir orang sedih melihat kaum bukan asal negara ini masih belum dan tidak mahu berasimilasi. Yakni, mereka tidak berasimilasi sesama masyarakat asal (yang sudah lama bermastautin) di negara ini, walaupun mereka yang dikatakan pendatang itu sudah hidup bersama di negara ini beratus-ratus tahun lamanya. Impian segelintir itu mahu melihat masyarakat bukan asal negara ini melupakan dan meninggalkan bahasa, ...