Skip to main content

MAKWE

 


Cerpen



M. Mahendran 






ILUSTRASI: Jesse Jeremy Joy


Dilahirkan sebagai seorang lelaki memang indah. Lelaki. Sejak di bangku sekolah rendah aku bangga menjadi budak lelaki. Terasa dilahirkan sebagai lelaki amat bahagia dan bebas. Tidak seperti budak-budak perempuan.Mereka tidak bebas berkeliaran seperti kami.


 Petang -petang kami dapat bermain bola, main baling selipar pada tin susu, melastik burung dan lain-lain permainan yang sudah pun dilupakan oleh generasi sekarang. Budak-budak perempuan cuma dapat berkumpul pada waktu rehat dan bermain lompat tali yang diperbuat daripada gelung-gelung getah. 

Kami budak lelaki memang meluat tengok permainan itu. Namun ada juga budak-budak lelaki tumpang sekaki bersama mereka. Mantera kami ketika itu adalah “Latlalilat Tamplong” dan “One two zoom”, yang tidak dilupai hingga sekarang walaupun tidak tahu akan maksudnya.


Aku memang tidak suka berkawan dengan budak perempuan. Entah, tak tahu pun kenapa. Mungkin ego kerana ada ramai kawan lelaki ketika itu.


Aku kesal atas perbuatan itu sekarang. Kalau tidak keadaan pasti berubah. Mungkin indah. Ya, apa guna sesal sekarang. Perasaan aku terhadap perempuan sudah jadi begitu dahulu. Bukan tidak ada langsung kawan perempuan. Ada. Tapi tidak rapat dengan mereka. 


Lagi pun di rumah, aku dan abang sahaja. Tidak ada adik beradik perempuan. Itu pun kami lebih banyak menghabiskan masa bertumbuk sahaja. Maklumlah dia pandai, aku ini apalah sangat. Malas belajar. Tahu main dan tonton TV sahaja.


Kebencian terhadap perempuan menjadi lebih dahsyat sewaktu darjah lima. Pada waktu itu, aku cuma mengejek kawan lelaki yang sedikit gempal, mengaitkan dia dengan seorang murid perempuan sekelas yang tinggal berhampiran dengan rumahku. Emak pelajar perempuan itu dan ibuku berkawan. Tetapi tidak rapat. 


Akulah yang bodoh, lupa akan hubungan mereka. Budak itu mengugut yang dia akan ceritakan hal itu kepada emaknya. Walaupun takut sedikit, ingatkan dia cuma acah-acah sahaja. Manalah tahu petang itu dalam sedang mencecah biskut tawar dalam kopi O, emak budak perempuan itu datang dengan penuh kemarahan di mukanya dan menceritakan perihal kejadian di sekolah pada ibu.


Ibu terus memanggil dan bertanyakan hal itu. Aku menjadi serba salah. Nak mengaku atau tidak. Aku tahu jika menipu, perkara ini akan berlarutan dan perlu menipu banyak kali lagi. Baik mengaku. Ibu memarahiku di hadapan emak budak perempuan itu. Betapa malunya diri ini ketika itu. Celaka budak itu! Terasa nak tempeleng sahaja pipinya ketika itu.


Ingatkan akan habis di situ sahaja. Manalah akan tahu siap sahaja emak budak itu pergi, ibu terus mencapai rotan nipis lagi panjang yang tergantung di ruang dapur  lalu mengejarku keliling rumah. Kaki dan tanganku bergaris-garis merah dan lebam. Abang tidak masuk campur dalam urusan ini. Aku tahu dia sedang bergembira dalam hati. Bapa pula ketika itu belum balik dari kerja. Sekurang-kurangnya aku boleh berselindung di belakangnya. Bapa sayang aku. Bukan seperti ibu. Tahu merotan sahaja.


Sejak hari itu aku sangat-sangat benci pada budak-budak perempuan. Ia melarat sehingga di tingkatan tiga, semua budak perempuan ingat aku sombong. Dan mereka juga menamakanku dengan begitu. “Sombong”. Aku tidak kisah, panggil pun panggillah. Budak perempuan yang buat report semasa di sekolah rendah tidak bersekolah bersama kami, dia masuk sekolah menengah yang lain. Kami tidak bertegur pun walau berjiran. Aman hidup ini tanpa gangguan perempuan.


Sewaktu tingkatan lima pula aku mula berubah perangai. Dalam mereka lain sibuk untuk peperiksaan percubaan, pada waktu itulah aku jatuh hati pada seorang murid perempuan tingkatan tiga. Kelas saya, walaupun terdapat ramai pelajar yang agak cantik, hati saya langsung tidak menaruh terhadap mereka. Lagipun masih dengan prinsip bodohku yang ingin elakkan perempuan dalam hidup.


Apa ada pada pelajar itu, aku pun tak tahu. Tapi dia memang cantik. Matanya sahaja mencengkam jiwa. Nak ceritakan pada rakan-rakan tentangnya, aku segan. Nanti mereka akan mempersendakan keutuhan prinsipku. Bagaimana aku boleh berubah? Tidak takutkah sejarah lama akan berulang kembali. Walaupun rotan ibu tidak lagi tergantung di dapur, mungkin pelempang akan menggantikannya. 


Aku ketahui juga namanya kelak. Fuh! Seperti dapat harta karun ketika itu. Sungguh indah namanya. Bagaikan kuntuman bunga terhias di kepalanya.


Amat padan dengan wajahnya. Memang pandai ibu bapanya membubuh nama.


Untuk memulakan percakapan sahaja, aku menjadi gundah gulana. Memang terseksa. Waktu yang paling sesuai untuk berjumpanya ialah pada waktu rehat. Pada waktu pagi selepas dia turun daripada kereta ibunya dan akan terus ke kelas untuk bersama rakan-rakan. Balik pun sama, dia akan cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Dia tidak mempunyai masa untuk bersembang dengan rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakannya terpaksa berbaris untuk naik bas, sama seperti aku.


Setiap kali menunggu waktu rehat adalah keseksaan dalam suatu kenikmatan. Banyak masa aku menghabiskan untuk menghafal apa yang perlu diucapkan kepadanya. Aku sentiasa berdebar. Degupan jantung yang lebih laju daripada kebiasaan. 


Aku banyak terlepas peluang. Boleh sahaja membeli makanan dan duduk makan bersebelahan dengannya. Sambil itu boleh berkenal-kenalan. Tetapi untuk duduk pun aku takut, bagaimana nak bercakap dengannya lagi?


Aku gagal menunaikan cinta. Aku gagal dalam peperiksaan SPM. Rakan-rakan lain kebanyakan sudah bermakwe selepas SPM. Ada yang ke tingkatan enam. Ada yang sudah bekerja di pasar raya dan kilang.


Agaknya inilah hukuman yang aku terima untuk membenci perempuan, hidup membujang hingga di usia ambang pencen.


Cukaria  22 April 2019

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...