Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2025

கடைசி பிளாஞ்சா

    குறுங்கதை                                        எம். பிரபு       இன்று இரவு அவன் கதையை முடிப்பதே சரி. நண்பனாக இருந்தவன் இப்போது துரோகியாக மாறி விட்டான்.   அவனுக்கெவ் வளவு   செய்திருப்பேன். எதையுமே நினைத்துப் பார்க்காமல் என்கிட்டேயே தன் வேலையை காட்டி விட்டான். இதற்குத்தான் எவனையும் நம்பக்கூடாது .   நயவஞ்சகன்! “ நிஜமாவா நீ இன்னிக்கி ராத்திரி அவனைப் போடப் போற ? ”   கதிருக்கு என் செயல் மிகுந்த ஆச்சர்யத்தையும் பயத்தையும் கொடுத்தது.   அவன் முகமே மாறியது. “ மெதுவா பேசு. இது   வீடில்ல   ... கடை. ஆமா ,   இன்னிக்கி ராத்திரி. ” “ அவன் நம்ம கூட்டாளியாச்சே. நீ எப்படி அவனை சந்தேகப்படலாம் ? ”   கதிர் இப்போது என்னைப் போன்று மெதுவாகவே பேசினான் “ எனக்குத் தெரியும் அது அவனேதான். வேற யாரும் இதை செஞ்சிருக்க முடியாது. ” “ என்னால நம்பவே முடியில ,   சிவா. ” “ நீ நம்பித்தான் ஆகனும். ” “ இதுக்கு வேற வழியே இல்லையா ? ” கதிருக்கு முரளி ம...

MAKWE

  Cerpen M. Mahendran  ILUSTRASI: Jesse Jeremy Joy Dilahirkan sebagai seorang lelaki memang indah. Lelaki. Sejak di bangku sekolah rendah aku bangga menjadi budak lelaki. Terasa dilahirkan sebagai lelaki amat bahagia dan bebas. Tidak seperti budak-budak perempuan.Mereka tidak bebas berkeliaran seperti kami.  Petang -petang kami dapat bermain bola, main baling selipar pada tin susu, melastik burung dan lain-lain permainan yang sudah pun dilupakan oleh generasi sekarang. Budak-budak perempuan cuma dapat berkumpul pada waktu rehat dan bermain lompat tali yang diperbuat daripada gelung-gelung getah.  Kami budak lelaki memang meluat tengok permainan itu. Namun ada juga budak-budak lelaki tumpang sekaki bersama mereka. Mantera kami ketika itu adalah “Latlalilat Tamplong” dan “One two zoom”, yang tidak dilupai hingga sekarang walaupun tidak tahu akan maksudnya. Aku memang tidak suka berkawan dengan budak perempuan. Entah, tak tahu pun kenapa. Mungkin ego kerana ada ramai ka...

MEMULIHKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

  Pengalaman                                         Oleh: M. Mahendran   Sebagai rakyat biasa tidak berpendapatan tinggi, saya menerima kesan daripada kenaikan kos sara hidup seperti mereka yang lain. Saban hari saya seperti sudah berada di suatu negara asing apabila berdepan dengan kenaikan kos barang, terutamanya bahan makanan mentah mahupun yang sudah dimasak. Keadaan ini sungguh memberi kesan kepada rakyat jelata berpendapatan sederhana dan rendah. Menurut Data Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bagi seluruh isi rumah Malaysia pada tahun 2023 adalah RM4,729 sebulan. Di bandar, kadar pendapatan isi rumah adalah RM9,428 dan perbelanjaan adalah RM5,040 sebulan.  Manakala pendapatan isi rumah luar bandar adalah  RM5,147 dan perbelanjaan adalah RM3, 631 sebulan. Faktor seperti saiz isi rumah, bilangan penerima pendapatan, serta kos hidup setempat turut memainkan ...

SAAT YANG BAHAGIA

  Cerpen           Oleh: M. Mahendran   “Awak mahu saya atau dia?” T idak sangka kepulangan aku dari sekolah petang itu akan menjadi begitu genting. Silap aku juga , s epatutnya  di bakar  sahaja .  Ia  hanya dis orokkan selama ini. Menyorok daripada pandangan aku . Tetapi  Amutha , t idak tahu bagaimana dia boleh   ter jumpa dan  korek keluar segalanya. I ngatkan dia tidak akan jumpa. Kini segala-galanya ada di depan mata kami bertiga. Semua dilonggokkan di atas meja makan. Preethi melihat ia dengan penuh teruja. Tangan kecil comelnya itu menguis-nguis apa yang terdapat di atas meja. “Preethi, jangan sentuh! Itu adalah benda kotor!” Benda kotor? Aku pura-pura tidak memandang  ke arah meja makan. Aku membuka kasut, stokin, masukkannya ke dalam rak kasut kemudian menuju ke bilik, membuka pakaian dan memakai tuala lalu  menuju ke bilik air. Walaupun tindakan aku nampak selamba dari luaran, hanya Tuhan sahaja t...