Skip to main content

MEMILIKI JIWA KANAK-KANAK

 Esei

 





 

M. Mahendran

 

 

Pada pemerhatian saya, kebanyakan bayi akan meninggalkan alam bayi ketika mereka mula bertatih-tatih berjalan dan mengeluarkan suara, membunyikan sesuatu seperti sedang bercakap. Mereka akan bercakap menggunakan bahasa mereka sendiri dan orang di sekeliling seolah-olah faham dengan percakapan mereka. Seawal umur yang pertama mereka melangkah ke alam kanak-kanak.

Jiwa bayi dan kanak-kanak adalah sungguh suci dan bersih. Segala apa tertera di hadapan mereka adalah indah belaka, walau secebis kertas cuma. Mereka tidak mengenali baik dan buruk.  

Kesedaran tentang Tuhan, agama dan kaum tidak pernah dan tidak akan wujud secara semulajadi di benak mereka. Tidak ada orang baik dan jahat. Tidak ada yang kaya dan miskin. Perbezaan warna kulit dan bahasa seseorang tidak pernah menjadi tembok bagi mana-mana kanak-kanak.

Semua adalah sama di sisi seorang kanak-kanak.

Semua ini akan berubah sedikit demi sedikit tatkala mereka meningkat dewasa. Segala yang tidak ada pada jiwa mereka dipelajari tanpa sedar daripada mereka yang dewasa.

Dan itu jugalah yang meracuni jiwa seoarang kanak-kanak yang mula mengenali dunia golongan dewasa.

Ketika berusia 11 atau 12 tahun, saya sering teringin untuk menjadi dewasa dengan segera. Walaupun saya gemar melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak, apabila melihat kehebatan orang dewasa - perasaan itu berbaur.

Banyak perkara tidak boleh dilaksanakan pada usia itu. Bangun seawal jam 5.45 pagi adalah suatu kemestian dan pergi ke sekolah setiap pagi adalah suatu perkara yang menyiksakan. 

Membawa beg yang berat dan melihat wajah-wajah guru yang kebanyakan masa tegang, sering mencemaskan saya. Lebih-lebih lagi apabila ada kerja rumah yang diberi tidak disiapkan terlebih dahulu.

Saya akan berfikir, dengan menjadi dewasa pada kadar segera dapat mengelakkan segala perkara ini dan boleh hidup dengan bebas. Boleh pergi ke kerja. Boleh dapat gaji. Boleh berbelanja sesuka hati. Boleh pergi ke mana-mana tanpa halangan. Boleh menunggang motosikal. Boleh memandu kereta dan bermacam-macam boleh lagi.

Keinginan yang berputik pada penghujung sekolah rendah mula tumbuh secara liar semasa di sekolah menengah. Peperiksaan seperti S.R.P (Sijil Rendah Pelajaran) dan S.P.M (Sijil Pelajaran Malaysia) datang bagaikan bayangan maut.

Kesemua ujian dalam kehidupan seharian dihadapi dengan penuh kesabaran dengan harapan, impian untuk menjadi dewasa akan dicapai tidak lama lagi.

Oleh kerana sering berangan dan tidak berpijak pada bumi nyata, keputusan peperiksaan utama di sekolah dicapai pada kadar sederhana sahaja.

Jadi, kebebasan yang dinanti-nantikan itu tiba juga seperti diimpikan. Dapat juga saya bekerja selepas alam persekolahan pada umur yang ke 19. Walaupun pekerjaan yang ditawarkan itu tidak seperti yang dikehendaki, ia tetap membawa diri ini ke suatu alam lain. Di mana saya boleh menjana wang daripada hasil titik peluh sendiri. Tidak perlu  mengharapkan ehsan orang tua lagi.

Tetapi lama-kelamaan seperti kata peribahasa Melayu “Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya”, kehidupan sebagai manusia dewasa tidaklah indah seperti ditanggapi.

Menjadi dewasa jauh lebih dahsyat daripada menjadi kanak-kanak. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dilalui.

Pelbagai perasaan menyelebungi diri. Tidak sama seperti ketika di alam kanak-kanak. Manusia dan dunia kelihatan lain di alam dewasa.

Sewaktu menghadapi pelbagai kesukaran dalam hidup, baru diketahui alam kanak-kanak dan berfikiran sebagai kanak-kanak adalah jauh lebih baik.

Jadi, untuk kembali memiliki jiwa seorang kanak-kanak, apa kita pelru buat?

Sudah pasti kita tidak boleh menjadi seorang bayi atau kanak-kanak semula. Dalam fiksyen sudah pasti boleh. Walaupun kehidupan di dunia ini umpama fiksyen, banyak perkara masih tidak  boleh direalisasikan.

Namun, kita masih boleh berfikiran seperti kanak-kanak dalam kadar yang sederhana. Ini ada beberapa cara untuk dipraktikkan.

Kekalkan rasa ingin tahu. Tanyakan soalan walaupun nampak mudah. Cuba fahami sesuatu dengan lebih mendalam walaupun sudah biasa dengannya.


Tonton dokumentari atau baca buku tentang topik yang tidak pernah diselami.


Berfikirlah secara tebuka dan jangan menghakim. Terimalah idea daripada orang baru dengan lebih mudah. Jangan cepat menolak idea pelik atau baharu.


Boleh cuba melihat dari sudut berbeza, walaupun ia bertentangan dengan kepercayaan kita.


Amalkan mendengar lebih daripada bercakap. Jangan bercakap tentang kehebatan kita sepanjang masa.


Belajar melalui permainan. Luangkan masa untuk bermain permainan 'board games' dan lain-lain permainan di dalam dan luar rumah.


Sertailah aktiviti seni dan kreativiti tanpa takut gagal. Nikmatilah proses, bukan hanya hasilnya.


Gunakanlah imajinasi, ia membolehkan kita mencipta dunia baharu dalam minda. Bayangkan “Bagaimana jika…” dalam situasi harian. Tulis cerita pendek atau lakarkan sesuatu. Cuba berfikir seperti kita berada dalam dunia kartun atau mimpi.


Hiduplah pada saat ini.  Fokus pada sekarang, jangan risau pasal masa lalu atau depan. Amalkan kesedaran penuh. Rasailah setiap perkara — makan, berjalan, berbual — seolah-olah kali pertama.


Jujurlah dengan emosi. Tunjuk emosi anda  secara spontan. Kenali dan akui emosi kita dengan jujur. Luahkan melalui menulis, seni, atau perbualan terbuka.


Nikmatilah segala perkara-perkara kecil. Gembira hanya kerana lihat pelangi atau ketika dapat aiskrim. Ambil masa kita untuk menikmati hujan, matahari, bau bunga, atau ketawa orang.


Tulis “perkara kecil yang buat saya gembira” setiap hari.


Hiduplah pada kadar sederhana. Semua perkara ini akan membuatkan jiwa kita seperti kembali ke alam kanak-kanak. Mungkin bukan secara keseluruhan. Ia tetap akan menggembirakan untuk meneruskan kehidupan kita seharian.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...