Skip to main content

PEREDARAN ZAMAN DAN PERUBAHAN SEJAGAT

 Esei

 



                                               





 

Oleh: M. Mahendran

 

 

Zaman Ibu bapa dulu lain. Tak macam kamu sekarang. Kami dulu susah. Sekarang apa benda pun kamu boleh dapat. Dulu kami pergi sekolah pun berjalan kaki sahaja. Takda gajet seperti sekarang. Dulu kami bermain di luar. Sekarang kamu semua main game dalam fon, duduk setempat sahaja.

Begitulah rungutan para ibu bapa zaman sekarang terhadap anak-anak mereka. Rungutan sebegini diulang acap kali setiap tahun dan setiap zaman dan akan berulang lagi dan lagi. Keadaan tetap akan berubah dan sukar untuk dikawal. Kita terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.

Setiap detik di muka Bumi ini sedang berlaku perubahan demi perubahan tanpa disedari. Dan perubahan itu akan menjadi kegemaran generasi muda pada era itu dan akan menjadi kebimbangan generasi yang dilahirkan  jauh lebih awal. Setengah-setengah perubahan yang memanfaatkan generasi lama sahaja diterima dengan hati yang terbuka.

Perubahan sering berlaku dari segi berpakaian, kenderaan, makanan, reka bentuk bangunan, fesyen rambut, pendidikan, hiburan, bahasa dan pelbagai aspek lain. Golongan muda pada setiap zaman cepat dan mudah mengadaptasikannya. Manakala generasi sebelum itu pula akan bingung, mendapati mereka sudah ketinggalan, tidak relevan dan tidak perlu menerima perubahan.

Sedangkan mereka juga mengalami situasi yang sama ketika muda. Di mana reaksi ibu bapa mereka juga adalah sama. Sudah menjadi seperti adat secara turun temurun untuk generasi lama menafikan pembaharuan yang dianggap mengganggu gugat apa yang dipraktikkan sekian lama.

Setiap kali berlakunya pembaharuan, akan hilanglah setiap perkara lama secara berperingkat-peringkat. Ada yang akan hilang secara drastik mengikut keperluan semasa dan sesuatu tempat.

Sebagai contoh, saya akan menyatakan perkara-perkara yang telah berubah secara ketara sejak saya lahir hinggalah sekarang. Yakni, apa yang  pernah saya lalui dan gunakan dahulu sudah tidak digunakan lagi sekarang dan telah digantikan dengan yang baharu. Begitu juga dengan perkara yang saya pernah hadapi dahulu tidak dihadapi lagi sekarang.

Pada awal tahun 70-an kami pernah memiliki pemain pita reel to reel untuk mendengar lagu. Kemudian, pemain kaset mengambil tempat. Selepas itu muncul pula cd.

Pita video mula popular pada hujung tahun 70-an. Filem-filem baharu dan lama boleh ditonton di rumah dengan menyewa di kedai video. Ia pula beralih  kepada vcd dan dvd pada hujung tahun 1999Selepas kemunculan Asrto dan OTT, itu pun hilang. Dengan kemunculan platform OTT, pawagam hidup seakan nyawa-nyawa ikan sahaja. 

Dahulu di setiap rumah pasti ada radio. Kini, orang cuma mendengar radio semasa memandu kereta sahaja. Dalam  kereta pun dapat mendengar lagu melalui pendrive ataupun dari Youtube dan disiarkan menggunakan bluetooth. Ini dapat menghindarkan suara juruhebah radio yang membingitkan telinga.

Ketika umur saya menjangkau 22 tahun, saya memiliki kamera gambar pegun menggunakan filem. Beberapa tahun selepas itu saya beralih kepada kamera digital. Setiap kali berlaku perubahan dan kemajuan saya menerima dengn hati yang terbuka walaupun agak kekok pada awal penggunaannya.

Begitu juga untuk rakaman video. Pada tahun1998 dan 2008 saya pernah memiliki dua buah handycam yang fungsinya berlainan. Handycam pertama digunakan untuk siaran melalui pita video HP manakala handycam kedua disalinkan ke dalam dvd.

Saya menulis cerpen bahasa Malaysia ke akhbar dan majalah menggunakan mesin taip Olympia sejak tahun 80-an. Mesin taip itu pula digantikan dengan mesin taip elektrik pada pertengahan tahun 90-an dan beralih menggunakan komputer desktop pada tahun 2000. Tahun 2013 saya mula menggunakan komputer riba untuk menulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Tamil. Komputer riba yang rosak digantikan dengan yang baharu pada tahun 2024. Perubahan ini amat menyenangkan saya.

Sejak munculnya telefon pintar, ia telah memudahkan lagi segala urusan. Baik untuk panggilan, menghantar mesej(menggantikan surat), mengambil gambar, mengambil video, merakam suara dan urusan bank. Semua ini boleh dilakukan dalam satu alat ini  dengan menggunakan satu jari sahaja. 

Begitu juga dengan fesyen rambut, pakaian serta tutur kata setiap zaman. Pasti berlaku perubahan tanpa diundang. Pada tahun 70-an saya amat gemar menyimpan rambut menutupi telinga serta berseluar bell bottom. Kini apabila saya melihat gambar-gambar lama atau filem-filem era itu, akan rasa meluat pula.

Sejak kedatangan internet, banyak kemudahan dikecapi oleh semua jenis generasi. Banyak perkara yang tidak difikirkan boleh berlaku, kini boleh dilakukan dengan sekelip mata sahaja. Perubahan yang memanfaatkan generasi lama diterima dengan hati terbuka.

Begitu juga dengan amalan atau ajaran yang tidak masuk akal dalam mana-mana agama yang tidak sesuai pada masa kini harus diubah mengikut peredaran zaman. Ia tidak boleh diamalkan secara bulat-bulat atas nama Tuhan. Ia akan lebih memeningkan masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Segala kemudahan yang kita kecapi sekarang adalah suatu pembaharuan yang terlaksana suatu ketika dahulu. Mungkin pada awalnya tidak mendapat sambutan ramai. Lama kelamaan  ia telah diterima pakai hingga sukar dipisahkan.

Walaupun kebanyakan perubahan telah menghilangkan segala yang diamalkan secara turun-temurun, kita terpaksa akur juga. Selagi ia tidak menghancurkan nilai-nilai tradisi murni dan kemanusiaan, selagi itulah kita harus menerimanya mengikut peredaran zaman.


                                   




 

 

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...