Skip to main content

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

      

 

 

Esei

 



 

Oleh: M. Mahendran

 

Homo sapiens atau manusia dikatakan lahir dan berkembang di muka bumi ini  sejak dua juta tahun yang lampau di benua Afrika. Kemudian kelahiran mereka merebak luas ke Asia dan Eropah.

Yakni, manusia sejak dahulu lagi telah memiliki etnik, kebudayaan dan agama tersendiri yang berbeza-beza mengikut tempat kelahiran masing-masing. Sudah pasti Homo sapiens ini sudah berbangga dengan kebudayaan dan agama yang mereka miliki sejak beratus ribu tahun lagi dan ia masih berterusan hingga ke tahun 2025 ini.

Bahasa, kebudayaan, agama dan fahaman di seluruh muka bumi ini adalah sungguh unik dan merupakan kebanggaan kaum dan etnik masing-masing.

Sesuatu etnik atau kaum sudah tentu akan berbangga dengan kebudayaan dan agama yang mereka anuti dan diamalkan sejak turun-temurun. Itu adalah sifat semula jadi manusia yang sudah termaktub di dalam DNA mereka. Jika tidak, kelahiran mereka sebagai manusia boleh disangsi.

Apa yang mereka amalkan dan anuti itu sudah pasti seratus peratus benar dan tidak boleh disangkal. Jika disangkal atau dipersenda, sudah pasti akan mengundang kemarahan.

Apabila bahasa, etnik, kaum, budaya dan agama sesuatu kelompok disindir oleh kelompok lain, sudah pasti berlaku perselisihan. Ini adalah kerana Homo sepians sudah  dibentuk sebegitu rupa, sejak turun-temurun lagi.

Bukan sahaja terhadap kelompok lain, malah sikap kurang senang terhadap kaum dan penganut agama mereka sendiri juga masih berleluasa hingga sekarang atas perbedaan kasta, mazhab dan fahaman. Malah ramai juga yang menyangkal kewujudan Tuhan.

Sikap ini masih tidak berubah dan tidak akan berubah sepenuhnya walaupun segala jenis  manusia  ini adalah ciptaan Tuhan di Bumi yang sama.

Saya tidak peduli akan masalah perkauman atau masalah-masalah global yang timbul di negara lain. Biar mereka selesaikan sendiri. Jika mereka ada kaedah baik dan dapat menyatukan rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di negara mereka, kita juga boleh praktikkan begitu.

Sejak telefon pintar berpisah tiada dari tangan manusia, pelbagai masalah timbul di segala pelosok dunia dan negara berbilang kaum seperti negara kita Malaysia. Banyak perkara yang digembar-gemburkan di media sosial hingga menaikkan kemarahan pelbagai pihak. Rakyat Malaysia yang sudah biasa hidup aman dan damai, kini dicengkam masalah perkauman yang runcing, walaupun ia bukan sampai berbunuh-bunuhan sebagaimana pernah terjadi suatu ketika dahulu.

Walaupun keretakan kaum tidak dilakukan secara bersemuka atau secara ‘face to face’, ia  tetap berlangsung sebagai tulisan komen di facebook atau dalam bentuk video di media sosial lain.

Saban hari rakyat Malaysia hidup seperti sediakala tanpa mengetahui apa yang terkandung di benak mereka. Tuhan sahaja yang tahu.

Saya menulis artikel ini bukan untuk mencari kesalahan sesiapa atau mana-mana kaum. Kita perlu bersatu teguh membelenggu apa yang sedang berlaku di negara kita demi silaturahim antara kaum, pembangunan dan kemakmuran rakyat dan negara. Kerenggangan antara kaum cuma akan mengeruhkan situasi hingga ekonomi negara terumbang-ambing. Nanti, siapa yang susah? Kita juga bukan?

Untuk menangani apa yang sedang berlaku sekarang, bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap individu perlu bersabar dan bertolak ansur menghadapi hari-hari yang tertinggal untuk kita.

Berikut adalah beberapa perkara yang saya fikirkan akan membantu meredakan keadaan pada masa sekarang dan seterusnya.

1. Anak-anak kecil perlu digalakkan bebas bergaul bersama kaum-kaum lain. Jika mereka tidak berjiran dengan kaum berlainan, mereka boleh dibawa ke Taman Permainan, restoran dan tempat ibadat  untuk sesi kenal-mengenali dan meramah-mesra.

2. Sudah tentu di kawasan kampung, bandar atau negeri yang majoritinya terdiri daripada sesuatu kaum sahaja, perkara seperti dinyatakan di atas mungkin agak sukar dilaksanakan. Untuk itu, anak-anak boleh dibelikan buku-buku berkaitan kaum, etnik dan agama di Malaysia. Bukan sahaja melalui buku, dengan menonton tv dan YouTube mengenai sesuatu kaum dan agama juga akan mewujudkan pemahaman secara berperingkat-peringkat di sanubari mereka.

3. Di sekolah pula, pelajar perlu pelajari segala bahasa dan agama utama sesuatu kaum sebagai subjek kurikulum dan ko-kurikulum. Pelajar  di Semenanjung Malaysia juga perlu belajar tentang kebudayaan penduduk Sabah dan Sarawak. Begitu juga sebaliknya.

4. Untuk mereka yang dewasa pula, boleh diadakan kelas malam di bawah tajuk “Bahasa dan Kebudayaan Malaysia’. Di dalam kelas ini boleh dipelajari perkara yang yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Sambil belajar, warga dewasa boleh mengeratkan semangat muhibah sesama mereka.

Selain perkara ini, rakyat Malaysia tidak perlulah terlalu ekstrim terhadap agama hingga boleh mengganggu-gugat ketenteraman jiran-tetangga. Agama cuma perlu dijadikan sebagai panduan hidup, bukan untuk diperdagangkan. Biar mereka yang lahir di sesuatu agama dan kebudayaan berpegang teguh hingga mati, kecuali atas pilihan sendiri. 

Oleh kerana semua ini berpunca daripada media sosial, perlu ada suatu cara untuk membanterasnya secara auto. Sudah pasti pada zaman AI ini ada cara untuk menyekat segala paparan yang menyinggung perasaan. Penyekatan ini dengan sendirinya akan menghindar rakaman atau komen mengenai 3R.

Semua cadangan yang saya nyatakan di atas, jika dipraktikkan bersungguh-sungguh tanpa paksaan, demi negara tercinta Malaysia, sudah pasti memberi kesan positif untuk jangka masa panjang,

Sebagai rakyat Malaysia dan sebagai manusia, perlu ada sifat hormat-menghormati, walaupun kita mempunyai  fahaman dan anutan yang berbeza.

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

 

                        


 

 

Comments

Popular posts from this blog

சிறுமி நீய்ஹா மதனின் சாதனைகள்

  அனுபவம்      எம்.   பிரபு   நான் தொடக்கப்பள்ளியில் படித்த காலத்திலிருந்தே மணிமேகலை நாயர் அவர்களின் குடும்பத்தை அறிந்திருந்தேன். மணிமேகலையும் அப்போது சிறுமியாக இருந்தார்.    என் தந்தை திரு. எஸ். மாதவன் அவர்கள்   National Union of Plantation Workers ( தேசிய தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம்) அமைப்பில் பொருளாளராகப் பணியாற்றினார். ஒவ்வொரு மாதமும்  அவர் மற்றும் ஓட்டுநர்   திரு. கோவிந்தன் அவர்களுடன் பஹாங்கில் உள்ள பல தோட்டங்களுக்கு Peugeot   404 காரில் சென்று தொழிலாளர்களிடமிருந்து சங்க ச்   சந்தாவை வசூலி ப்பதோடு  தோட்டத் தொழிலாளர்கள் எதிர் நோக்கும் பிரச்சனைகளையும் கேட்டறிவார்கள். அந்த வயதில் அங்கு நடக்கும் பிரச்சனைகளைப் பற்றி சரியாக உள்வாங்கிக் கொள்ள இயலவில்லை. இந்த மாதச்   சந்தா,  தொழிலாளர்களின் பாதுகாப்பிற்காகவும்   நலனுக்காகவும்  மேற்கொள்ளப்பட்டதாக அறிவேன். பொதுவாக தோட்ட பிரதிநிதிகள் மூலம் மாதச் சந்தா சேகரிக்கப்பட்டன. பள்ளி விடுமுறைகளில் நான் மற்றும் என் சகோதரர் ,  தந்தையுடன் அந்தப் பயணங்களின் போது...

PENGECUT

  Cerpen    Oleh: M. Mahendran       “Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.” “Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.” “Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.” “Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?” “Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.” “Bagaimana cara membantu mereka?” “Kita perlu merentasi lautan.” “Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?” “Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.” “Tidak bahayakah merentas lautan?” “Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.” “Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?” “Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan...

ஒரு கொலைகாரனுக்குப் பின்னால் ...

  சிறுகதை   எம்.   பிரபு                                       தெரிந்தோ தெரியாமலோ அவன் இந்த க்  கொலையை ச்  செய்து விட்டான். பிணம் நிச்சயம் எழப் போவது இல்லை. நடந்து முடிந்த சம்பவத்தை அவனால் மாற்றி அமைக்க இயலாது. நடந்து விட்டது. அதுதான் உண்மை. அழுதும் பயனில்லை. இந்த ச்   சூழ்நிலையை ஏற்றுத்தான் ஆக வேண்டும். காலம் கடந்து விட்டது. இப்போது அவன் செய்ய வேண்டியது ஒன்றுதான். இந்த பி ண த்தை அப்புறப் படுத்துவது. இனியும் தாமதப் படுத்த இயலாது. பிறகு சூழ்நிலை அவன் பக்கம் சார்ந்து இருக்காது . இது அவனுக்கு இரண்டாவது முறை . இதற்கு முன்பு செய்த போது அந்த வீட்டின் பின்னால் பரந்த நிலம் இருந்தது. அங்கு அதை புதைத்தாகி விட்டது. இப்போது நட த்தப்பட்ட  கொலை, அவனுக்கு   கடினமானது. இந்த கொலை தான்  அவன் முன்பு செய்த கொலைகளிலிருந்து மாறுபட்டது.   சங்கடமானதும்  கூட. இந்த வீடமைப்பு ப...