Skip to main content

Vilashini dan ...

 Cerpen

 


 

Oleh: M. Mahendran

 

 

Jangan bagitahu emak saya,” Vilashini berbisik kepada Kavinayah.

“Tak salah kamu buat begini?” Kavinayah pula rasa bersalah, sebab dialah Vilashini akan menerima hukuman di tangan ibu bapanya dan mungkin di tangan Tuhan kelak. Tuhan akan menghukum kanak-kanak? Kavinayah sangsi.

“Mereka mana tahu, mana nampak?”

Kavinayah hairan dengan keberanian yang ada pada Vilashini. Dia berharap sangat apa yang mereka berdua lakukan pada hari ini tidak diperhatikan oleh sesiapa. Kavinayah takut ada orang akan menyampaikan perbuatan mereka ini kepada ibu bapa Vilashini dan ibu bapanya sendiri. Nanti, sudah pasti mereka berdua tidak dapat berkawan terus untuk selama-lamanya.

“Ibu bapa kamu tak nampak. Saya takut ada orang lain nampak saja.” Kavinayah memandang sekeliling luar kawasan kuil Sri Maha Mariamman. Memang tidak ada sesiapa di belakang tembok kuil tersebut. Kanak-kanak yang datang ke samaya vaguppu semua sudah pulang.

Mereka membuang barang tersebut di semak belakang kuil setelah selesai urusan mereka dan bersedia untuk pulang ke rumah. Ibu Vilashini akan datang menjemput dengan keretanya manakala Kavinayah akan berjalan kaki sahaja sebab rumahnya terletak di kawasan perkampungan belakang kuil.

“Terima kasih. Ini adalah antara saya dan Tuhan, Kavinayah. Dia akan faham. Tuhan tidak memaksa sesiapa,” kata Vilashini dengan penuh kelegaan hari ini.

“Mana kamu tahu Tuhan tidak akan marah?” Kavinayah masih dalam kebingungan dan ketakutan.

“Saya tahu.”

Kavinayah pelik dengan perangai Vilashini baru-baru ini. Mengalahkan orang dewasa.

***

 

Tiba-tiba sahaja semua berubah. Vilashini  tidak faham mengapa ia perlu dilakukan begitu. Dia tidak faham mengapa ibu dan bapanya perlu berubah dan mengubah segala-galanya. Kata mereka, ini adalah untuk kebaikan diri manusia, alam sejagat dan untuk masa akan datang selepas manusia meninggalkan dunia. Ini adalah kehendak Tuhan kata ibu Vilashini.  Vilashini masih tidak faham. 

Apakah kebaikan yang akan dia peroleh? Sedangkan, kebaikan yang dikatakan akan berlangsung kelak sedang mengongkong dirinya sekarang. Vilashini tidak faham.

Semua sedang berubah sedikit demi sedikit di depan matanya. Perubahan yang sungguh menakutkan. Perubahan yang perlu dilakukannya tanpa kerelaan. Vilashini masih belum bersedia dan tidak mahu dirinya dipengaruhi dengan unsur-unsur baharu. Sistem yang sungguh menakutkan dirinya itu pada pandangan luar kelihatan aman, bahagia dan itu jugalah kesukaan Tuhan yang maha esa.

Sudahlah empat tahun yang lepas keinginannya untuk bersekolah bersama Kavinayah di SJKT dimusnahkan oleh bapanya. Walaupun ibunya bersungguh-sungguh menghalangnya daripada mendaftar Vilashini di sekolah Cina, bapanya tidak endahkan langsung permintaan si kecil itu. Dipaksa juga ke sekolah Cina. Dipaksa juga.

Vilashini cuma dapat bertemu Kavinayah dan beberapa kawan lain di Kuil Sri Maha Mariamman semasa menghadiri samaya vaguppu setiap Ahad selama empat tahun kebelakangan ini. Dia bernasib baik dari segi itu. Mereka masih dapat bertemu dan berbual setiap minggu di samping mempelajari hal ehwal agama Hindu dan menyanyi lagu-lagu dari Thevaaram, Thiruppugal, Thiruvisaippaa, Thiruvaasagam dan lain-lain.

Vilashini tidak faham sangat dengan erti lagu-lagu yang dinyanyikan walaupun kadang-kadang guru yang mengajar ada menerangkannya. Mungkin apabila dewasa kelak, akan fahamlah dia. Begitulah tanggapannya. Dia tetap gembira dapat merasa dirinya berdekatan dengan Dewa dan Dewi yang dipuja itu. Yang paling penting ialah, Kavinayah duduk disampingnya sepanjang samaya vaguppu.

Kegembiraannya bertahan empat tahun sahaja. Kini dia terpaksa akur kepada kehendak bapanya sekali lagi. Ibunya kali ini tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Malah ibunya lagi menggalakkan Vilashini untuk berbuat begitu. Iaitu menuju ke arah tuju baharu. Cara hidup harian perlu ditukar demi mendapat tempat di syurga kelak. Demi kehendak Tuhan.

Ajaran Mahaguru perlu dituruti, kata bapa Vilashini. Ajaran yang bercambah dari agama Hindu dalam versi baharu. Vilashini ketahui Mahaguru tersebut sudah meninggalkan dunia ini hampir 50 tahun lalu. Ibu dan bapa Vilashini seperti sudah menjadi abdi kepada guru dan ajaran tersebut dan sentiasa menerangkan falsafah yang diturunkan oleh Mahaguru tersebut kepada anak mereka. Audio kata-kata Mahaguru diperdengarkan melalui media Youtube.

Vilashini lebih gemar cara mudah yang dipelajari di samaya vaguppu sahaja. Dia menjadi tidak selesa  apabila dicampur adukkan semua ajaran sekaligus.

Ini semua adalah gara-gara athai Vilashini yang sentiasa berkunjung saban bulan ke rumahnya untuk bertemu adikya, iaitu bapa Vilashini. Athai itu yang mempengaruhi keluarganya untuk mempercayai dan mengikuti ajaran-ajaran Mahaguru yang berasal dari India itu.

Vilashini benci athai itu sekarang.

Athai itu membawa musibah kepada diri Vilashini. Ya, memang musibah. Perkataan itu yang sangat sesuai untuk dirinya sekarang. Vilashini tidak faham bagaimana bapa dan ibunya boleh terpengaruh dengan athai dan mengikuti ajaran Mahaguru itu dengan begitu mudah dan senang. Dan apabila dirinya juga dipaksa untuk menyertai kumpulan  itu, dia tergamam!

Vilashini terasa dirinya dikongkong!

“Amma, sekarang umur saya sudah hampir sebelas tahun. Mana saya boleh ubah cara saya?”

“Amma dan appa boleh berubah, takkan kamu tak boleh?”

“Amma, saya tak boleh. Sangat susah, ma, sangat susah saya mahu tinggalkan semua ini dan ikut cara baru.”

“Kamu boleh ubah cara kamu dengan perlahan-lahan.”

“Mana boleh, ma? Sejak kecil amma sudah bagi saya makan ikan, ayam dan telur semua. Sekarang ammaa mahu saya  tinggalkan semua ini. Buat apa saya mahu tinggalkan?”

“Sekarang kita sudah menganuti ajaran Mahaguru ini. Mesti kita berbuat demikian.”

Vilashini menangis sebagaimana dia menangis ketika bapanya menghalang untuk meneruskan pendidikannya di sekolah Tamil.

Jadi, sejak keluarga Vilashini mengikuti Mahaguru ini, ibunya hanya memasak masakan sayur-sayuran sahaja seperti rasam, dhal, sayur kobis, tauhu, tauge, ubi kentang, dan lain-lain jenis sayuran. Semua dimasak tanpa menggunakan bawang merah dan bawang putih. Vilashini dapat membezakan perbezaan rasa pada masakan ibunya tanpa menambah  kedua-dua bahan tersebut. Tidak enak dan lazat seperti dahulu.  Valishini faham, mungkin ada kebaikan di sebalik semua perubahan ini. Namun, dirinya tetap tidak boleh terima. Mulut yang sekian lama sudah menikmati segala jenis makanan  bukan vegetarian, kini seperti sudah seperti berada di gurun Sahara.

Makanan kegemarannya seperti kari ayam, ikan tenggiri goreng, nasi lemak, wantan mee, charsiu pau, KFC, roti canai telur, kek semua perlu ditinggalkan. Bapanya tidak membelikan makanan kegemarannya dan juga dia tidak membawa Vilashini ke mana-mana restoran lagi.

Ke sekolah pun ibunya membekalkan masakan yang dimasak sendiri, Vilsahini terliur melihat rakan-rakan Cinanya makan makanan yang enak di depan matanya. Mana mungkin dia akan tanya daripada mereka. Ibu bapanya tidak memberi izin untuk Vilashini meminta apa-apa daripada sesiapa pun sejak dia kecil lagi.

Nasib baik dia masih dapat dibenarkan ke samaya vaguppu setiap Ahad. Dia masih boleh berjumpa Kavinayah dan meluahkan isi hatinya.

“Jangan risau, shini. Saya boleh tolong awak.”

“Saya sudah faham maksud engkau. Betul boleh?”

“Tapi adakah kamu berani?”

“Ya, saya berani. Saya tidak kisah. Biar Tuhan atau Mahaguru marah. Saya tidak kisah pun.”

“Kalau begitu saya akan belikan nasi lemak, makanan kegemaran kamu.”

“Ya, boleh.”

Kavinayah membawa dua bungkus nasi lemak yang dibeli di kawasan rumahnya  semasa ke samaya vaguppu.  Dia menyorokkan di dalam beg dan meletakkannya di kawasan semak di belakang kuil.


                                      Tamat

   



Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...