Skip to main content

KETEKE

 Filem




 

M. Mahendran

 

Saya jarang menonton filem-filem antarabangsa kecuali filem-filem dari India, Hollywood, Singapura dan Hong Kong. Saya tahu ada pelbagai filem dari Korea, Thailand, Indonesia, Iran dan lain-lain negara boleh ditonton melalui YouTube atau di platform OTT. Mungkin kerana malas dan tidak ada ‘geng’ untuk menonton bersama – saya menghindarkannya. Lebih-lebih lagi saya perlu membaca sarikata untuk filem-filem sedemikian. Ini akan mengganggu untuk menikmati dan menjiwai perjalanan sesebuah filem.

Baru-baru ini ketika saya sedang melayan siaran YouTube di TV, saya terjumpa sebuah filem bertajuk KETEKE. Tajuknya serta penampilan thumbnailnya menarik perhatian saya untuk menontonnya.

Mula-mula saya ingatkan ia adalah sebuah filem pendek. Apabila melihat durasinya yang memakan masa selama sejam dua belas minit, sudah pasti ia adalah sebuah filem cereka dipertontonkan untuk audiens pawagam atau di platform lain.

Pada awal babak filem kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang menelusuri sepanjang landasan keretapi.  Wanita itu mengandung. Masing-masing membawa sebuah beg besar. Salah sebuah beg pakaian tertulis perkataan MUZIK dengan besar. Saya sangka mungkin terdapat peralatan muzik seperti seruling atau saxofon di dalamnya.  Kandungan beg itu didedahkan selepas beberapa minit ketika mereka dalam perjalanan.

Pasangan suami isteri ini hendak ke hospital tetapi telah ketinggalan keretapi (Keteke bermaksud keretapi dalam bahasa Ghana).

Si isteri berjalan di belakang termengah-mengah dan si suami di depan membebel kerana keretapi telah meninggalkan mereka pada situasi genting. Dan tidak tahu bila pula keretapi seterusnya akan sampai. Tidak ada jadual tertentu.

Saya teringatkan sistem Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) negara kita pada masa kini. Sudah dua tahun tiada perkhidmatan komuter dari stesen KL Sentral ke Pelabuhan Klang dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Begitu juga sebaliknya. Harus naik LRT ke Subang Jaya dan di situ disediakan bas/van percuma untuk Shah Alam dan Klang. Tetapi kemudahan bas/ van percuma itu telah dihentikan sejak Januari 2026. Dari Subang Jaya harus ambil Grab ke destinasi tertentu. Sungguh menyusahkan rakyat bukan?

Berbalik kepada filem Keteke - watak lelaki yang bernama Boy dan watak perempuan bernama Atswei menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan di atas landasan keretapi.

Adegan mereka berlari untuk mendapatkan keretapi; adegan si isteri merajuk; adegan si suami membuat prank seolah-olah hilang ingatan; adegan si isteri memprank semula suaminya dengan mengadu sakit perut hendak beranak; adegan keretapi yang tiba-tiba datang tetapi tidak berhenti. Kesemua adegan dan babak dalam filem ini sungguh lucu dan menyentuh perasaan. Lebih-lebih lagi slanga bahasa Inggeris Ghana dengan bahasa tempatan sungguh enak didengar. Sarikata disediakan.

Senda gurau, marah dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh watak suami dan isteri sungguh menakjubkan seolah-olah kita sedang menonton suatu kejadian sebenar di depan mata. Sebagai penonton, saya berharap sungguh agar ada keretapi berhenti dan membawa perempuan itu segera ke hospital dan dia dapat melahirkan anak dengan selamat.

Kesudahan filem ini menepati sangkaan saya. Namun, masih  ada suatu mesej terselit di dalam filem ini. Setiap penonton pasti bertanggapan berbeza setelah menonton filem ini.

Walaupun filem ini adalah filem dari Ghana; ciri-ciri kemanusiaan dan humor yang diketengahkan langsung tidak ada beza antara kita dan mereka. Ini membuktikan permasalahan manusia  adalah tetap sama, walau di mana jua mereka berada.

Keteke, filem tahun 2017 diterajui oleh Adjetey Anang, Lydia Forson, ditulis dan diarahkan oleh Peter Sedufia sungguh bagus jalan ceritanya. Begitu juga dengan lakunan para pelakun, sinematografi, ton warna dan penyuntingan begitu sempurna dan sederhana sesuai dengan jalan ceritanya.

Saya akan mencari lagi filem-filem arahan Peter Sedufia jika terdapat di platform-platform tertentu.

 

 


 

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...

குருவே சரணம்

            சிறுகதை                                                               எம். பிரபு       தமிழ்ச்செல்விக்கு பிடிக்கவில்லை, எனக்கும் பிடிக்கவில்லை. பல மாதங்களாக போராடி வந்த நான், தோற்று விட்டேன். தோற்றுப் போனது அவர்கள் முன்னால் நானாக இருக்கலாம், ஆனால் என் உள்ளம் தோற்கவில்லை. என் உள்ளம் இன்னமும் போராடிக் கொண்டுதான் உள்ளது. அதற்கான சரியான தருணம் இதுவரையில் அமையவில்லை. இனியும் அமையுமா என்று எனக்கும் தெரியவில்லை. அமைந்தால் நல்லதே. “ நீங்க போங்க , நான் வரல, ” நேற்றிலிருந்து நான் இதைத்தான் சொல்லிக் கொண்டிருக்கின்றேன். “ நான் மட்டும் எப்படி போவது ?   எல்லாரும் உன்னை விசாரிப்பாங்களே ? ”   அவர் நல்ல உடை உடுத்திக் கிளம்ப ஆயுத்தமாகிக் கொண்டிருந்தார். “ உங்களுக்கு பிடிக்கும்னா போயிட்டு வாங்க ,   ஏன் என்னை கூப்பிடுறீங்க ? ”   நான் குசினியில் கூட்டிக்கொண்டே கூறினேன். “ நம்மல க...