Skip to main content

PERANAN IBU BAPA DALAM GALAKAN MEMBACA

 Rencana

 




M. Mahendran

 

Sebelum ini pun saya sudah banyak menulis mengenai pembacaan dalam kalangan masyarakat kita yang semakin kurang dan cara untuk memperbaikinya. Rencana ini masih akan membincangkan persoalan yang sama dalam aspek berlainan.

Ya, kita sedia maklum yang baik dan buruk semua bermula dari rumah. Apa yang dipraktikkan oleh ibu bapa, itu jugalah menjadi anutan anak-anak mereka dan seluruh ahli keluarga tersebut. Tidak perlu saya huraikan apa yang baik dan apa yang buruk di sini. Anda sebagai pembaca memang sudah maklum apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Pasangan berumahtangga pasti sudah tahu mereka akan melahirkan anak ke bumi ini. Anak-anak yang bakal lahir itu perlu dibentuk dengan terperinci agar mereka menjadi warga negara yang berilmu dan berguna untuk diri sendiri, keluarga dan negara.

Pasangan suami isteri perlu mengahadapi cabaran untuk membesarkan cahaya mata mereka. Jika tidak tahu cara untuk membesarkan anak, lebih tidak berkahwin dan jangan beranak-pinak. Mereka yang gagal membentuk anak yang baik dan berguna, sebenarnya tidak layak untuk berumahtangga.

Untuk itu, perlu diadakan kursus khas dan pasangan harus lulus dengan cemerlang sebelum berumahtangga. Ini sekurang-kurangnya akan menyelamatkan rakyat negara ini daripada terlibat dalam gejala sosial yang semakin meruncing.

Yang sebaik-baiknya pasangan suami dan isteri tidak perlu melahirkan lebih daripada dua orang anak. Membentuk  seorang anak pada zaman ini bukanlah suatu perkara mudah. Mereka perlu diukir dengan teliti barulah boleh mendapat hasil yang menakjubkan

Jadi, sejak  bayi dalam kandungan lagi seorang ibu dan bapa haruslah membaca bahan-bahan bacaan yang bagus untuk mereka sendiri dan juga untuk anak dalam kandungan. Setiap kali membaca buku, ia perlu dibaca  dengan lantang agar bayi dalam kandungan pun boleh dengar.

Proses awal ini amat penting. Apa yang dibaca oleh kedua ibu dan bapa itu akan mempengaruhi bayi. Apabila bayi keluar dari rahim ibu dan menumpahkan darah di tanah ini, cara berfikirnya tidak akan sama dengan bayi-bayi lain.



Menurut Maya Angelou (1928-2014) – penyair dan penulis Amerika bahawa membaca dan berbicara kepada anak sejak kecil membangun rasa percaya diri dan kecintaan pada bahasa. Dia pernah berkata, “When you know better, you do better”, yang juga sering dikaitkan dengan membimbing anak sejak kecil melalui kata-kata dan bacaan.

 Roald Dahl (1916-1990) – penulis novel kanak-kanak terkenal Inggeris menekankan, membaca bersama anak-anak membuat mereka lebih kreatif dan membantu mereka mencintai buku sejak kecil.

 Dr. Seuss (Theodor Seuss Geisel) (1904-1991) – penulis buku kanak-kanak  Amerika pula  menulis, “The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go.”

Seorang lagi penulis buku kanak-kanak  Inggeris  Julia Donaldson (1948) pula menegaskan  membaca kepada bayi membantu perkembangan bahasa dan ikatan emosional. Dia berkata “Even reading to babies is valuable; they learn rhythm, tone, and the joy of words.”

Sebagai ibu bapa yang penuh dedikasi mereka akan membaca bersama anak-anak. Mereka akan membawa anak-anak ke perpustakaan dan kedai buku sebagai suatu tugas rutin yang tidak boleh ditinggalkan.

Membaca juga ada caranya. Tidak ada guna membaca sesuatu bahan bacaan tanpa memahami isi kandungannya. Setiap buku yang dibaca haruslah dibincang bersama ahli keluarga dan bertukar-tukar pandangan.

Harus sediakan buku nota untuk mencatatkan ringkasan karya yang dibaca. Begitu juga juga dengan penemuan kosa kata baharu. Setiap kosa kata yang maksudnya tidak jelas boleh dicatatkan ke dalam buku nota, kemudian bolehlah cari maksudnya di dalam kamus.

Perbuatan ini bukan sahaja akan menambah ilmu di dada ia juga akan melancarkan gaya penulisan seseorang.

George Bernard Shaw (1856-1950) pula percaya bahawa membaca bukan sekadar untuk hiburan, tetapi untuk memperkaya minda, menilai idea, dan membina pemikiran sendiri. Beliau menegaskan bahawa lebih baik membaca sedikit bahan yang baik dan mendalam daripada banyak bahan yang ringan atau dangkal. Shaw berkata bahawa melalui pembacaan, seseorang dapat memahami dunia dengan lebih luas dan melepaskan diri daripada kebodohan atau dogma.

“The man who does not read has no advantage over the man who cannot read,” itulah yang Shaw katakan.

Renungkankah kata-kata hikmah daripada penulis-penulis tersohor ini. Anggaplah membaca itu suatu ritual penting yang perlu dilaksanakan di rumah. Jika setiap pasangan suami isteri berfikiran begitu dan bertindak seperti saya nyatakan, sudah pasti kita akan melihat masyarakat Malaysia yang lain daripada yang lain suatu hari nanti.

  

 

 


 

 

 

 

 

 

 

  

Comments

Popular posts from this blog

சிறுமி நீய்ஹா மதனின் சாதனைகள்

  அனுபவம்      எம்.   பிரபு   நான் தொடக்கப்பள்ளியில் படித்த காலத்திலிருந்தே மணிமேகலை நாயர் அவர்களின் குடும்பத்தை அறிந்திருந்தேன். மணிமேகலையும் அப்போது சிறுமியாக இருந்தார்.    என் தந்தை திரு. எஸ். மாதவன் அவர்கள்   National Union of Plantation Workers ( தேசிய தோட்டத் தொழிலாளர் சங்கம்) அமைப்பில் பொருளாளராகப் பணியாற்றினார். ஒவ்வொரு மாதமும்  அவர் மற்றும் ஓட்டுநர்   திரு. கோவிந்தன் அவர்களுடன் பஹாங்கில் உள்ள பல தோட்டங்களுக்கு Peugeot   404 காரில் சென்று தொழிலாளர்களிடமிருந்து சங்க ச்   சந்தாவை வசூலி ப்பதோடு  தோட்டத் தொழிலாளர்கள் எதிர் நோக்கும் பிரச்சனைகளையும் கேட்டறிவார்கள். அந்த வயதில் அங்கு நடக்கும் பிரச்சனைகளைப் பற்றி சரியாக உள்வாங்கிக் கொள்ள இயலவில்லை. இந்த மாதச்   சந்தா,  தொழிலாளர்களின் பாதுகாப்பிற்காகவும்   நலனுக்காகவும்  மேற்கொள்ளப்பட்டதாக அறிவேன். பொதுவாக தோட்ட பிரதிநிதிகள் மூலம் மாதச் சந்தா சேகரிக்கப்பட்டன. பள்ளி விடுமுறைகளில் நான் மற்றும் என் சகோதரர் ,  தந்தையுடன் அந்தப் பயணங்களின் போது...

PENGECUT

  Cerpen    Oleh: M. Mahendran       “Kita perlu menolong mereka. Mereka dalam kesusahan. Tanpa ditolong, mereka tidak dapat makan.” “Kita tinggal jauh. Biarlah mereka yang tinggal berdekatan menolong.” “Jangan peduli tentang negara yang berdekatan. Mereka di seberang lautan ialah saudara kita. Kita harus menolong mereka.” “Tanpa pertolongan kita, adakah mereka akan mati kebuluran?” “Ya. Jadi hulurkanlah bantuan.” “Bagaimana cara membantu mereka?” “Kita perlu merentasi lautan.” “Tidak bolehkah dengan mengirim wang sahaja?” “Itu tidak cukup. Kita perlu pergi sendiri untuk menghulurkan makanan, pakaian dan bantuan kesihatan. Ini perlu dilakukan sendiri. Barulah kita akan rasa puas dan mereka pun akan gembira.” “Tidak bahayakah merentas lautan?” “Demi menolong saudara kita di situ, apa pun tidak bahaya.” “Jadi, kamu akan ke sana merentas lautan dengan kapal walaupun kamu tidak pernah pergi sebelum ini?” “Kamu boleh ikut kami. Dengan berbuat demikian, kamu akan...

ஒரு கொலைகாரனுக்குப் பின்னால் ...

  சிறுகதை   எம்.   பிரபு                                       தெரிந்தோ தெரியாமலோ அவன் இந்த க்  கொலையை ச்  செய்து விட்டான். பிணம் நிச்சயம் எழப் போவது இல்லை. நடந்து முடிந்த சம்பவத்தை அவனால் மாற்றி அமைக்க இயலாது. நடந்து விட்டது. அதுதான் உண்மை. அழுதும் பயனில்லை. இந்த ச்   சூழ்நிலையை ஏற்றுத்தான் ஆக வேண்டும். காலம் கடந்து விட்டது. இப்போது அவன் செய்ய வேண்டியது ஒன்றுதான். இந்த பி ண த்தை அப்புறப் படுத்துவது. இனியும் தாமதப் படுத்த இயலாது. பிறகு சூழ்நிலை அவன் பக்கம் சார்ந்து இருக்காது . இது அவனுக்கு இரண்டாவது முறை . இதற்கு முன்பு செய்த போது அந்த வீட்டின் பின்னால் பரந்த நிலம் இருந்தது. அங்கு அதை புதைத்தாகி விட்டது. இப்போது நட த்தப்பட்ட  கொலை, அவனுக்கு   கடினமானது. இந்த கொலை தான்  அவன் முன்பு செய்த கொலைகளிலிருந்து மாறுபட்டது.   சங்கடமானதும்  கூட. இந்த வீடமைப்பு ப...