Skip to main content

MENIKMATI SASTERA

 Pengalaman

 

 


Oleh: M. Mahendran

 

Menikmati sastera adalah suatu yang indah dan perlu bermula dari rumah lagi. Sebagai manusia bertamadun, kita harus tahu menghayati karya-karya sastera negara dan antarabangsa. Ini adalah penting untuk membina insan yang berpengetahuan serta bersifat mulia.

Untuk menarik minat seseorang untuk meninati sastera bukanlah mustahil. Saya akan menceritakan kisah diri saya sendiri sebagai contoh.

Tanpa disedari kesusasteraan  pelbagai bahasa telah menakluki diri saya sejak kecil. Boleh dikatakan ketika umur yang ketiga atau keempat, saya sudah didedahkan untuk mendengar dan menonton. Yakni, menonton filem di pawagam dan mendengar drama-drama radio Malaysia dan Singapura dalam bahasa Tamil.

Walaupun kedua-dua ini adalah medium audio dan visual, ia tetap boleh dikategorikan dalam bidang sastera. Sastera itu sendiri membawa maksud karya atau hasil penulisan yang mempunyai nilai seni estetik dan kebudayaan yang tinggi. Ia biasanya yang indah, imaginasi dan kreativiti untuk menyampaikan cerita, idea, pengalaman atau perasaan.

Walaupun tidak faham sangat dengan apa yang disampaikan ketika itu - cara kisah itu dipersembahkan menarik minat saya dan mudah mendapat tempat di hati. Dan saya masih boleh ingat sekarang beberapa petikan dialog drama radio dan adegan-adegan filem walaupun ia sudah melebihi 50 tahun.




Ketika saya sudah tahu membaca, saya menumpukan perhatian membaca buku-buku cerita. Buku-buku cerita karya Enid Blyton dibaca dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, manakala buku nipis kecil The New Zealand Readers juga dinikmati ketika di sekolah rendah.

Saya tidak kisah sangat dengan perkataan-perktataan yang sukar difahami. Yang penting, saya boleh habis membaca buku-buku tersebut walaupun kurang memahami jalan ceritanya.

Selain daripada buku-buku tersebut, ibu saya ada membelikan buku cerita Ambulimama saban bulan untuk kami adik-beradik. Kisah Vikramaathityan dalam buku tersebut sentiasa menguji minda. Selain kisah-kisah menarik, gambar-gambar ilustrasi juga amat berkesan kepada saya sebagai seorang pembaca tegar.

Saya sering bertanya maksud perkataan-perkataan yang sukar difahami dengan ibu. Ibu akan cuba menjelaskannya. Apa yang dijelaskan pun bukan tidak dapat dicernakan sepenuhnya. Ambulimama menghiburkan, itu yang penting.

Hingga di tingkatan 3 saya masih menggauli buku-buku penyiasatan dan kisah-kisah kanak-kanak sahaja. Memang menyeronokkan.




Setelah diketahui saya akan ke kelas sastera di tingkatan 4, saya membeli novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Setelah di sekolah baru diketahui, novel Seorang Tua Di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah telah dijadikan teks sastera menggantikan novel Badai Semalam pada tahun 1984.

Sejak itu bermulalah saya membaca pelbagai jenis novel dan kumpulan cerpen dalam bahasa Malaysia dan juga dalam bahasa Tamil. Membaca novel dewasa telah mendewasakan saya.

Setiap penulis mempunyai cara penulisan dan gaya bahasa yang sungguh berbeza. Begitu juga topik-topik yang diketengahkan. Membawa buku dan membaca dikalayak ramai seperti di kedai kopi dan bas memberi kepuasan diri yang sukar dihuraikan.

Semasa saya seronok membaca karya-karya penulis mapan seperti Khadijah Hashim, A. Samad Said, A. Samad Ismail, Azizi Hj Abdullah dan lain-lain penulis hebat, saya juga didedahkan dengan cerpen dan drama radio karya ibu saudara saya puan Saratha Kannan dan penulis-penulis lain. Penglibatan ibu saudara secara serius di bidang penulisan itu telah menimbulkan minat saya untuk menghasilkan karya kreatif.

Sebelum itu saya yang cuma menulis surat-surat pembaca ke akhbar dan majalah Tamil. Kecintaan saya kepada kesusasteraan tanah air berkembang sehingga membuatkan saya menulis cerpen sejak tahun1987.

Selain daripada membaca novel dan cerpen, saya juga menggemari buku-buku autobiografi dan biografi dalam pelbagai bahasa. Jika membaca bahan-bahan cereka boleh meningkatkan daya imaginasi, buku-buku berkaitan perjalanan hidup seseorang membolehkan mengenali seseorang tokoh dengan lebih dekat lagi. Sebagai contoh, saya menggemari buku Perjalanan Mencari Bahasa yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain. Buku ini menelusuri detik-detik dalam hidup Abdullah Hussain, terutama dari segi perkembangan bahasa, sastera dan budaya dalam dirinya.

Ibu bapa yang mementingkan kerohanian anak-anak perlu memikul tanggungjawab untuk memperkenalkan sastera. Bagaimana ibu bapa saya mendekatkan diri saya dengan sastera, begitulah hendaknya mereka yang lain berusaha untuk itu..

Seseorang yang mengabdikan dirinya untuk kesusasteraan akan memiliki  jiwa yang berbeza. Sifat-sifat duniawi tidak mudah melekat pada diri mereka. Mengumpul harta benda bukan menjadi tujuan utama.  

Sastera boleh dibaca, didengar dan boleh ditonton. Jangan melengahkan masa dengan meibatkan diri untuk perkara-perkara tidak berfaedah. Nimatilah sastera untuk kesejahteraan jiwa dan raga.

 

 

Jom, nikmatilah sastera.

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...