Cerpen M. Mahendran Tangan dan pensel 3H bergerak sama perlahan di atas kertas putih; menuju ke atas dan bawah melakar berpandukan gambar yang dikepilkan di hujung kiri atas kertas pada papan condong. Aku terjatuh cinta untuk kali ketiga. Kali ini aku benar-benar mencintai gadis yang berasal dari sebuah kawasan pedalaman . Sungguh anggun, cantik dan ayu. Tidak seperti kedua-dua perempuan yang pernah disukai sebelum ini. Selepas ditemukan dengan gadis kampung ini, baru aku ketahui apakah erti cinta. Cinta yang sebenar-benarnya cinta. Bukan seperti apa yang di rasai pada cinta pertama dan kedua. Agaknya itu bukan cinta. C u...