Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2025

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

கடமை தவறாத பெற்றோர்

    கட்டுரை                                              எம். பிரபு   இவ்வுலகத்தில் மனிதர்களாக பிறந்தவர்கள் வாழ்க்கையின் ஒருவேளையில் திருமணம் புரிகின்றனர். ஆனால் , ஏன் திருமணம் செய்கிறோம் என்று பெரும்பாலும் புரிந்துகொள்ளாமலே திருமணத்தை மேற்கொள்கின்றனர். தொன்றுதொட்டு வந்த மனித இனம் , காமத்தின் ஈர்ப்பால் ஒன்றுசேர்ந்து , அதன் விளைவாக மனிதப் பிறவி எடுத்து , இந்த பூமியில் வாழ்ந்துவருகிறது.  ஆச்சர்யம், அதேவேளையில் இது ஓர் அதிசயமும் கூட.   வாழ்க்கை எத்தனை துன்பம் நிறைந்திருந்தாலும் , அதை அஞ்சாமல் , தங்கள் முன்னோர்கள் செய்ததைப் போலவே தொடர்ந்து செய்கின்றனர். பழைய காலத்தில் ஒரு குடும்பத்தில் 10  அல்லது 14  குழந்தைகள் வரை இருந்தது. ஆனால் இன்று ஒரே ஒரு பிள்ளையை நன்றாக வளர்ப்பதே பெரும் சவாலாக இருக்கிறது.  அன்று அது அதிசயம், இன்று இதுவும் அதிசயம். திருமணம் செய்துவிட்டால் போதுமா ? பிள்ளைகளை பெற்றுவிட்டால் போதுமா ?  மிருகங்களும்தான் மனிதர்களைப் ...

MICHAEL CORLEONE

  Cerpen M. Mahendran   Aku hairan dengan diriku sendiri. Aku langsung tidak berganjak dari tempat duduk tadi. Nasi ayam yang aku kunyah sebelum kejadian tadi, baru dapat ditelan perlahan-lahan menuruni rongga kerongkong. Mungkin ini disebabkan oleh penangan nasi ayam Ah Fook. *** Pagi-pagi lagi tiga buah lori sudah menunggu di depan stor. Walaupun tahu stor akan dibuka jam sepuluh pagi, mereka masih berdegil datang awal untuk menempah tempat. Aku lebih gemar lori sampai satu persatu setelah stor dibuka. Ini tidak. Sudah berkali-kali aku pesan kepada pemandu-pemandu lori ini supaya datang mengikut masa yang ditetapkan. Masing-masing tidak mahu dengar. Sasaran aku sehari enam atau tujuh buah lori sudah mencukupi. Ini tidak. Kadang-kadang melebihi sepuluh buah lori. Balik ke rumah pun sudah melebihi waktu kerja. Bekerja sebagai penyelia stor dengan gaji tidak seberapa ini memang memberi tekanan kepada mental dan fizikal. Anak buahku cuma tiga orang. Menerima barang dari ejen, me...

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN?

  Esei                                                                               M. Mahendran   Masyarakat Malaysia amnya lebih mementingkan makanan  dan minuman  daripada segala apa yang ada di muka Bumi ini. Ke mana sahaja kita pergi, akan kelihatan kedai makan di merata tempat. Daripada warung kecil hinggalah ke restoran mewah. Makan, makan dan makan? Dan dengan perniagaan makanan  itu  jugalah ramai yang menjana pendapatan untuk memperhebatkan kehidupan masing-masing. Pada suatu waktu dahulu, rakyat kita  hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang  atau makan ala kadar sahaja . Kini sudah  jauh  berubah sama sekali atas nama kemajuan dan kemodenan. Pada zaman dahulu manusia makan dan minum ketika lapar dan dahaga sahaja. I...