Skip to main content

Memori di SRK Sulaiman, Bentong

 

Pengalaman



 

Oleh: M. Mahendran

 

 

Saya tidak pernah ke tadika seperti abang saya. Tidak tahu mengapa. Saya pun tidak pernah bertanya kepada ibu bapa saya.  Saya masih tidak tahu apakah kurangnya dengan mereka yang tidak pernah ke tadika dan apa pula kelebihannya bagi mereka yang pernah ke situ.

Walaupun saya tidak pernah ke tadika, itu bukan bermaksud saya berterbang bebas seperti burung di rumah. Mendiang ibu saya adalah seorang guru, jadi sebagaimana dia di sekolah, begitulah di rumah.

Seawal umur saya yang ketiga atau keempat saya sudah pun diajar untuk menulis dan membaca dalam  bahasa Tamil. Manakala bapa akan mengajar beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris seperti Cat, Dog, Chicken, House dan sebagainya.

Mempelajari bahasa Tamil bukanlah mudah. Contohnya bunyi La, Ra, Na sahaja mempunyai pelbagai huruf dan cara sebutan yang berlainan. Palham untuk buah dan Balam pula untuk kekuatan. Di sini untuk bunyi Pa dan Ba hurufnya sama manakala untuk bunyi lha dan la hurufnya lain. Lidah perlu bergulung untuk lha dan tidak perlu begitu untuk la. Lebih-lebih lagi bahasa Tamil mempunyai 247 huruf, tidak seperti huruf rumi yang mengandungi 26 huruf sahaja.

Oleh kerana ibu saya bekerja sebagai guru bahasa Tamil (P.O.L) di Sekolah Rendah  Kebangsaan Sulaiman, Bentong ketika itu, abang saya dimasukkan di sekolah yang sama. Abang saya pernah ke tadika selama dua tahun. Dahulu tidak ada kelas pra sekolah di sekolah rendah seperti sekarang.

Saya juga dimasukkan di sekolah yang sama pada tahun 1975. Saya di darjah satu, abang pula di darjah empat. Saya masih ingat lagi hari pertama saya menjejakkan kaki di sekolah. Sebelum itu bapa sudah pun membawa saya ke sekolah tersebut pada bulan Disember untuk mendaftar.

Memang saya tidak gembira untuk ke sekolah. Takut. Memang takut sebab saya perlu tinggal untuk beberapa jam bersama manusia yang tidak dikenali dan sebab yang kedua ialah saya tidak tahu bercakap dalam bahasa lain selain daripada bahasa Tamil.

Bapa menghantar saya hingga ke kelas dan bercakap sesuatu dengan guru kelas Mrs.Tan Bong Liang, seorang wanita berbadan gempal dan bermuka garang pada pandangan saya. Saya menangis dan mengambil beg untuk terus pulang bersama bapa. Bapa pula sudah hendak ke tempat kerjanya yang terletak tidak berapa jauh dari sekolah. Bapa dan guru kelas sama-sama memujuk saya untuk duduk di tempat yang dikhaskan untuk saya, iaitu di barisan pertama bersebelahan dengan seorang budak perempuan.


Setelah beberapa minit, baru saya reda dan duduk di sebelah budak perempuan yang gempal bernama Mariam. Dia nampak tidak takut. Malah seperti sudah bersedia memulakan pembelajaran pada hari itu. Mungkin inilah sebabnya mereka hantar anak mereka ke tadika sebelum ke sekolah.

Pada waktu rehat, ibu datang menemui saya untuk memberi sebotol air Milo dan kepingan biskut tawar. Saya masih sedih dan takut ketika itu. Ibu juga datang bercakap sesuatu dengan guru kelas saya Mrs. Tan. Hari-hari seterusnya abang saya pula akan bersama saya ketika waktu rehat.

Masalah utama ketika itu, saya tidak faham bahasa Malaysia. Saya hanya berdiam diri walaupun Mariam bertanya sesuatu dengan saya. Saya cuma dapat berkomunikasi bersama beberapa rakan berbangsa India seperti Chandran dan Rajaram. Oleh kerana masalah bahasa ini, saya terpaksa menahan kencing dan berak sebab tidak tahu bagaimana meminta izin ke tandas di dalam bahasa Malaysia ataupun dalam bahasa Inggeris. Saya pun tidak beritahu masalah ini kepada ibu bapa saya.

Suatu hari, oleh kerana tersangat sakit perut, saya pun menangis. Saya tidak dapat menceritakan masalah saya kepada Mrs.Tan. Nasib baik ibu saya berjalan melalui kelas saya ketika itu, lalu Mrs. Tan memanggil ibu saya. Katanya, saya selalu begini. Saya pun menjelaskan kepada ibu, perkara sebenar. Baru lega. Sejak hari itu saya sudah tahu bagaimana untuk meminta izin ke tandas.

Saya tidak tahu bagaimana saya mempelajari bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris ketika di sekolah rendah sehingga sudah boleh bertutur sebaik mungkin dengan rakan-rakan berbangsa Melayu dan Cina. Memang suatu situasi yang menakjubkan pada diri saya. Begitu jugalah dengan rakan-rakan yang lain agaknya.

Sejak saya sudah ‘pandai’ berbahasa Malaysia, saya dengan sendirinya mula berkawan dengan rakan-rakan Melayu dan Cina. Boleh dikatakan kebanyakan masa saya dihabiskan bersama mereka.

Sewaktu di darjah empat, abang saya telah ke tingkatan satu. Jadi saya terpaksa berpisah dengan abang saya. Pergi dan balik ke sekolah tidak sama haluan. Setiap pagi kami akan naik bas atau bapa akan hantar ke sekolah menaiki basikal. Abang pula akan naik bas dari stesen bas di bandar untuk ke sekolah menengah. Sekolah menengah memang jauh dari rumah kami. Sekolah Rendah Kebangsaan Sulaiman pula terletak di bandar, tidak berapa jauh dari rumah kami. Boleh berjalan kaki sahaja. Akan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kereta di jalan raya pun kurang pada masa itu. Pernah kami naik kereta lembu milik seorang Punjabi tua.

Semasa di darjah empat saya akan berjalan bersama-sama rakan-rakan berbangsa Cina sewaktu pulang ke rumah. Rumah mereka terletak di kawasan penempatan kampung baru Cina. Rumah saya pula di Chammang, perlu melintasi kampung baru Repas ke rumah saya.

Pada tahun 1978 itu, saya mendapat seorang kawan bernama Fong Yip Hoong yang rumahnya kebetulan berada di Chammang juga. Bapanya bekerja sebagai mekanik di kawasan berhampiran dengan Padang Tras.  Bapanya memiliki kereta Datsun berwarna hijau. Jadi Foong Yip Hoong mengajak saya menumpang keretanya, jadi boleh menurunkan saya  terlebih dahulu sebelum ke rumahnya jauh ke dalam Chammang.

Semasa di darjah lima saya rapat pula dengan seorang kawan bernama Tan Chiew Min. Dia sentiasa berkepala botak. Jika rambutnya tumbuh pun semua akan menegak. Dia suka memanggil saya dengan nama John Major. Saya pula memanggilnya dengan nama Wantan Mee. Dia mengajar saya bagaimana untuk mencari labah-labah di celah-celah daun. Labah-labah kecil berwarna hitam diletakkan sepasang ke dalam bekas tin bulat kecil bersama sehelai daun. Mereka berdua akan bergaduh. Tidak tahu labah-labah itu akan makan apa. Cuma tahu, mereka tidak hidup lama dalam tin itu.

Rakan-rakan dari kelas-kelas lain dikenali melalui terlibatnya saya dalam kegiatan kokurikulum seperti

 Pengakap, Pancaragam dan Koir. Banyak pengalaman yang saya alami sewaktu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum Pengakap dan Pancaragam. Baik yang manis mahupun yang pahit.  Yang manisnya saya dikenali oleh ramai murid. Yang pahitnya, ibu saya menghalang saya pergi ke acara-acara yang berlangsung luar dari kawasan Bentong. Lebih-lebih lagi ke acara Jambori Pengakap yang kami harus berkemah di luar. Sedih. Ibu sebenarnya takut akan keselamatan saya.

     (Pancaragam SRK Sulaiman pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, 1978)

Sememangnya kehidupan di sekolah rendah sangat indah jika dibandingkan dengan sekolah menengah ataupun alam pekerjaan. Bila diimbas kembali, ingin diperbaiki segala kesilapan yang dilakukan ketika itu.

Tetapi mana mungkin.

Top of Form


              (Eksentrika, 30 Ogos 2019)

Comments

Popular posts from this blog

Daris, Pelukis Cilik

  Bakat                                                               Oleh: M. Mahendran   Bukan semua orang dianugerahkan bakat melukis. Kajian menunjukkan dalam 100 orang cuma 10 hingga 20 orang sahaja menunjukkan minat atau memiliki bakat semula jadi dalam melukis tanpa latihan formal. Kira-kira 1 hingga 5 orang daripada 100 akan mempunyai kemahiran tinggi atau bakat melukis dengan tahap profesional jika mereka berlatih dengan serius. Adik Muhamad Daris Aryan Bin Saiful Bahri merupakan pelajar tahun 4 di SK Sulaiman, Bentong, Pahang.  Minat  Daris  terhadap seni lukisan berputik sejak umur 6 tahun. Saya   berjiran dengan keluarga adik Daris, mengenalinya sejak bayi lagi. Lukisan-lukisannya sering dipaparkan di Facebook oleh ibu nya Puan Diana dan  bapanya  Encik Saiful Bahri . Saya terpegun m...

நான் எனும் பெரும் நடிகன்

    சிறுகதை    எம். பிரபு   எல்லோருக்கும் என்னைப் பிடிக்கும். எனக்கும் அவர்களைப் பிடிக்காமல் இருக்குமா பின்னே. நான் வாழ்வதே அவர்களுக்காகத்தான். அவர்கள் இல்லாமல் நான் இல்லை. நான் இல்லாமல் அவர்கள் இல்லை. வாழ்க்கையை இப்படித்தான் அனுபவிக்கனும் என்று எழுதி வைத்திருந்தால் நான் என்ன செய்வது? எது நடக்க வேண்டுமோ அது நடந்துதானே ஆக வேண்டும். எனக்கு எப்போதுமே அந்த கர்வம் உண்டு. நான் மிகவும் நல்லவன். யாரும் என்னை கெட்டவன் என்று சொன்னதில்லை. சொல்லி இருக்கலாம். அதெல்லாம் பெரிய விசயமே அல்ல.   அறவே இல்லை?   தெரியாது.   அவர்களை எனக்குப் பிடிக்க காரணம் உண்டு. அவர்களுக்கும் என்னைப் பிடிக்க நிச்சயம் காரணம் இருக்கும். அதுக்காக எனக்கு அவர்களை வெறுமனே பிடிக்கும் என்று அர்த்தமாகி விடாது. அது போன்றுதான் அவர்களும். சும்மாவா அவர்களுக்கு என்னைப் பிடிக்கும்? நான் என்ன சினிமா நடினா? இருந்தாலும் நான் ஒரு தலைச் சிறந்த நடிகனே. அவர்கள் மட்டும் என்னவாம். எல்லோரும் நடித்துக் கொண்டுதான் உள்ளனர். சும்மாவா சொன்னார் ஷேக்ஸ்பியர்.   வாழ்க்கையில் நடிக்கும் நடிகனுக்கு,  சினிமாவில் ...

தமிழ்ப் பள்ளிக்குச் செல்லாதவர்களின் தமிழ்

  கட்டுரை     எம். பிரபு     மலேசியா சுதந்திரம் அடைவதற்கு முன்பாகவே ஆரம்பக் கல்விக்கூடங்கள் ,   பல மொழிப் பிரிவுகளில் நாடு தழுவிய நிலையில் தொடங்கப்பட்டிருந்தன. ஆங்கிலம் ,   மலாய் ,   தமிழ் ,   சீனப்பள்ளிகள் அந்தந்த இடங்களில்   இனவாரியாக   மக்கட்தொகையை   அடிப்படையாகக் கொண்டுத் தொடங்கப்பட்டதாகும். எப்போது எங்கு என்று ஆராய்ந்து இதைப் பற்றி எழுதினால்,   கட்டுரை நீண்டுக் கொண்டே போகும். இந்தக் கட்டுரையின் தலைப்புக்கேற்பவே எழுத முயற்சிக்கின்றேன். எது எப்படியோ இந்தியர்கள் அந்தக்காலத்திலியே தமிழ்ப் பள்ளி,   ஆங்கிலப் பள்ளி   பிறகு மலாய்ப்பள்ளி (தேசியப் பள்ளி)     அதனைத் தொடர்ந்து அண்மையக் காலமாக சீனப் பள்ளிகளிலும் அதிக எண்ணிக்கையில் பயின்று வருகின்றனர். தமிழ்,   ஆங்கிலம் மற்றும் மலாய் மொழிகளைக்   காட்டிலும் மெண்டரின் மொழிப் பயின்றவர்களின் எதிர்காலம் சிறப்பாக இருக்கும் என்ற எண்ணத்தில் ,   இந்தியர்கள்  சீனப் பள்ளிகளில் தங்கள் பிள்ளைகளை பதிந்து வருகின்றனர். அதற்கு இன்னொரு முக்கியக் காரணம் , ...