Pengalaman Tahun Baru Cina 1980 Oleh: M. Mahendran Saya masih ingat lagi kali pertama saya menyambut Tahun Baru Cina bersama rakan-rakan Cina. Ketika itu umur saya baru menjangkau sebelas tahun dan satu bulan lebih sahaja. Keluarga kami berpindah dari Chammang Baharu ke Jalan Club (kini Jalan Annuar) yang perlu melintasi Balai Polis, Bentong pada tahun 1979. Iaitu , kami berpindah dari kawasan ala kampung ke kawasan bandar. Faham-faham sahajalah bandar Bentong besar mana. Dari dahulu hingga sekarang masih teguh berdiri bangunan -bangunan lama yang berusia lebih dari 100 tahun. Cuma bangunan baharu dan kawasan perniagaan muncul selepas tahun 2000 di beberapa tempat tidak jauh dari bandar. Semasa di sekolah rendah, rata-rata kawan saya adalah terdiri daripada pelbagai kaum . Sekolah Rendah Kebangsaan Sulaiman ad a lah bekas sekolah Inggeris. Walaupun sejak 1971 nama dan bahasa pen...