Pengalaman Oleh: M. Mahendran Saya tidak pernah ke tadika seperti abang saya. Tidak tahu mengapa. Saya pun tidak pernah bertanya kepada ibu bapa saya. Saya masih tidak tahu apakah kurangnya dengan mereka yang tidak pernah ke tadika dan apa pula kelebihannya bagi mereka yang pernah ke situ. Walaupun saya tidak pernah ke tadika, itu bukan bermaksud saya berterbang bebas seperti burung di rumah. Mendiang ibu saya adalah seorang guru, jadi sebagaimana dia di sekolah, begitulah di rumah. Seawal umur saya yang ketiga atau keempat saya sudah pun diajar untuk menulis dan membaca dalam bahasa Tamil. Manakala bapa akan mengajar beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris seperti Cat, Dog, Chicken, House dan sebagainya. Mempelajari bahasa Tamil bukanlah mudah. Contohnya bunyi La, Ra, Na sahaja mempunyai pelbagai huruf dan cara sebutan yang berlainan. Palham untuk buah dan Balam pula untuk kekuatan. Di sini untuk bunyi Pa...