Cerpen Oleh: M. Mahendran Hari ini emak tid ak datang menjemput aku . Pagi tadi dia sudah memberitahu. Jadi, aku perlu pulang sendiri. Oleh kerana rumah aku tid ak berapa jauh dari sekolah, emak tidak risau. Sebenarnya aku lebih suka membonceng motor emak. Dalam masa lima minit sahaja boleh sampai rumah dan terus makan nasi. Berjalan kaki di tengah panas akan mengambil masa lima belas hingga dua puluh minit. Sungguh meletihkan. Sememangnya aku tid ak suka pada matahari terik dan berpeluh. Lebih-lebih lagi waktu pulang dari sekolah. Waktu pagi takpa . Ada beberapa kali aku pernah berjalan begini. Aku tid ak pasti sebab apa emak tidak datang hari ini. Dia cuma kata , ada kerja hendak dibuat. Itu saha...