Cerpen M. Mahendran Tangan dan pensel 3H bergerak sama perlahan di atas kertas putih; menuju ke atas dan bawah melakar berpandukan gambar yang dikepilkan di hujung kiri atas kertas pada papan condong. Aku terjatuh cinta untuk kali ketiga. Kali ini aku benar-benar mencintai gadis yang berasal dari sebuah kawasan pedalaman . Sungguh anggun, cantik dan ayu. Tidak seperti kedua-dua perempuan yang pernah disukai sebelum ini. Selepas ditemukan dengan gadis kampung ini, baru aku ketahui apakah erti cinta. Cinta yang sebenar-benarnya cinta. Bukan seperti apa yang di rasai pada cinta pertama dan kedua. Agaknya itu bukan cinta. C u...
Cerpen M. Mahendran ILUSTRASI: Jesse Jeremy Joy Memang bukan mudah. Jika fikir sukar untuk lakukannya, sampai bila pun impian itu tidak akan tercapai. Setiap impian yang ingin dilaksanakan perlu ada permulaan. Tanpa menapak selangkah, sudah pasti tidak akan ada langkah seterusnya untuk mencapai apa yang diimpikan. Langkah pertama itu penting. Itu yang akan menentukan segala-galanya. Aku tidak ingin tinggal di rumah dan di bandar ini. Ingin berhijrah jauh dari sini. Kalau boleh, tinggal di dalam hutan atau pun di dalam gua. Sudah puas dengan apa yang dimiliki selama ini. Harta yang dicari sudah cukup. Biar anakku seorang itu menguruskan segala urusan di kedua-dua syarikat milikku. Isteri pun sudah lama meninggal. Bosan dengan kekayaan yang dimiliki. Aku tidak mempunyai seorang rakan pun dalam erti kata rakan yang sebenar. Tahu sahaja mereka yang berkawan denganku disebabkan kekayaan dan kedudukan. Aku hairan...