Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2026

KETEKE

  Filem   M. Mahendran   Saya   jarang menonton filem-filem antarabangsa kecuali filem-filem dari India, Hollywood , Singapura  dan Hong Kong. Saya tahu ada pelbagai filem   dari Korea, Thailand, Indonesia, Iran dan lain-lain negara boleh ditonton melalui YouTube atau di platform OTT.  Mungkin kerana malas dan tidak ada   ‘geng’  untuk menonton bersama – saya menghindarkannya. Lebih-lebih lagi saya perlu membaca sarikata untuk filem-filem sedemikian. Ini akan mengganggu untuk menikmati dan menjiwai  perjalanan sesebuah  filem. Baru-baru ini ketika saya sedang melayan siaran YouTube di TV, saya terjumpa sebuah filem bertajuk KETEKE.  Tajuknya serta penampilan thumbnail nya   menarik  perhatian  saya untuk menontonnya . Mula-mula saya ingat kan  ia adalah sebuah filem pendek. Apabila melihat durasinya   yang memakan masa selama sejam dua belas  minit, sudah pasti ia adalah sebuah  filem cereka ...